Thursday 17 November 2011

RIZQI'S LULLABY

ASSALAMUALAIKUM....salam sejahtera.... kali ni saya nak post lagi lirik lagu saya yang saya dah siapkan untuk putera kesayangan saya Muhammad Khairurrizqi Bin Muhammad Mahfuz... Lepas ni setiap kali dapat anak kena la buat lagu seorang satu hahah!...macam yang bapak saya buat untuk saya (teringin nak record suara dia dan post kat sini)...dan juga yang abang saya buat untuk saya tajuk SITI MUNAWIRAH =D....

Seperti tajuknya, lullaby ini adalah dalam bahasa inggeris...tak sabar nak post lagu yang siap ni dekat blog..saya ada masalah tak tau macam mana nak post dalam bentuk mp3...nanti saya cuba cari jalan huhu....

Lagu ini khas untuk Rizqi melambangkan tanda penghargaan ummi kepada rizqi yang telah lahir pada 15 Mac 2011.. Rizqi adalah sebaik-baik pemberian yang ummi dapat dalam hidup. Walaupun masih baby, rizqi banyak ajar ummi tentang hidup... you rocks sayang!!!...hehehe... Semoga Rizqi menjadi anak soleh yang berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat AMIN.....



Sayalah Khairurrizqi!
(agak juling di situ muahaha!)



RIZQI'S LULLABY


My son
precious sunshine
the apple of my eye
The world
is cruel sometimes
you heal me with your smile

rizqi...rizqi...khairurrizqi
rizqi...rizqi...khairurrizqi

defend me
with your prayer
when i'm gone
hereafter

my son
brightest subshine
the apple of my eye
Allah is our God
Muhammad is our guide


ADIOX
7/11/2011

►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

Thursday 10 November 2011

CARA-CARA MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANAK ANDA #3

Assalamualaikum....kita sambung lagi dan lagi dalam tajuk MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANAK ANDA PART 3...enjoy!



21. Biarkan anak anda menangis bila dia ingin menangis. Anak anda tidak perlu mengendali sesuatu perkara seperti orang dewasa. Ingat, dia hanyalah seorang budak kecil.



22. Buat satu tin "saya boleh" : minta anak anda menghias sebuah tin kopi(atau apa-apa tin) dengan sticker, kertas pembalut dan crayon. Setiap kali anak anda menguasai kemahiran baru, tuliskan ia di atas sekeping kertas dan masukkan ke dalam tin tersebut. Periksa kandungan tin tersebut dari semasa ke semasa supaya anak anda dapat lihat sudah berapa banyak perkara yang dia pelajari.

23. Buat satu "carta perasaan" dengan anak anda. Senaraikan semua emosi yang anak ada dapat fikirkan di atas kertas yang besar. Setiap hari, minta anak anda lekatkan gambarnya bersebelahan perasaan yang dia alami. Bincangkan apa yang membuat dia berasa begitu.


24. Cuba jangan  bawa pulang kerja anda ke rumah. Lukiskan garisan imaginasi anda antara pejabat dan rumah anda.

25. Pakai rantai loket yang ada gambar anak anda atau bawa gambar anak anda di dalam dompet ke mana saja anda pergi.


26. Pergilah bersiar-siar dan tulis puisi tentang kejiranan anda.

27. Biarkan anak anda yang tekan butang lif. Jika tiada lif, biarkan anak anda jadi tukang buka pintu untuk anda - anda juga mungkin ingin berikan kunci padanya dan biarkan dia buka kunci rumah !

28. Sebagai pertukaran, sekali-sekala biarkan anak anda pula yang ikatkan tali kasut anda dan zipkan jaket anda.

29. Hantarkan bungkusan 'ambil berat/kasih sayang' ke perkhemahan/camp anak anda. Jangan lupa sertakan dengan nota istimewa dari anda.


30. Ambil cuti sehari untuk turut serta dalam lawatan kelas anak anda.




►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

Wednesday 9 November 2011

CARA-CARA MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANAK ANDA # 2

Selamat sejahtera semua!...kita sambung tips meningkatkan keyakinan diri anak-anak yang seterusnya ya....



11. Beri perhatian pada kebaikan secara rawak yang telah anak anda lakukan. Pastikan anda mengucapkan terima kasih padanya.

12. Duplikasi atau cuci semula gambar keluarga anda. Gunakan gambar-gambar tersebut untuk bermain 'memory game' dengan anak anda. Untuk bermain; terbalikkan semua gambar dan ambil giliran untuk cuba meneka dimana pasangan gambar diletakkan. Jika anak anda meneka dengan betul, Dia boleh ambil gambar tersebut. Jika tidak, terbalikkan semula gambar tersebut dan teruskan bermain. Bila kesemua gambar sudah habis, pemain yang mempunyai paling banyak gambar menjadi pemenang.


13. Jangan beri layanan yang serupa kepada semua anak anda.Setiap dari mereka memerlukan keperluan yang berbeza.

14. Cipta sebuah kolaj bola kristal (crystal ball collage). Biar anak anda isikan ia dengan gambar dan cerita tentang apa yang dia harapkan untuk masa depan.


15. Ambil sebuah album foto, penuhkan dengan gambar anak anda semasa bayi. Ceritakan padanya kisah-kisah sewaktu dia masih bayi. Ia akan menjadi aktiviti yang istimewa sepanjang mengimbas semula memori untuk anda dan anak anda.


16. Luahkan ketidaksetujuan anda dengan anak anda. Jika anda berkelakuan senyap sekarang, berkemungkinan dia juga akan melakukan perkara yang sama kelak.

17. Jangan biarkan anak anda masuk tidur dengan keadaan marah kepada anda - atau memikirkan yang anda marah kepadanya.

18. Simpan rahsia anak anda - melainkan jika rahsia itu membahayakan kesejahteraan anak anda.

19. Ajar anak anda yang semua orang berhak mempunyai pendapat masing-masing. Hormati pendapat anak anda juga.


20. Sentiasa ucapkan 'selamat tinggal' sebelum anda keluar. Menyelinap keluar akan membuatkan anak anda hilang kepercayaan pada anda.



►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

PETUA SEORANG GURU


KALAU SEORANG GURU MENGAJAR SAMBIL DUDUK,
MURID BELAJAR SAMBIL MENGANTUK.

KALAU SEORANG GURU MENGAJAR SAMBIL BERLAKON,
MURID BELAJAR DENGAN TEKUN.

KALAU SEORANG GURU MENGAJAR TANPA ALAT,
MURID BELAJAR DENGAN RALAT.

KALAU SEORANG GURU MENGAJAR BANYAK BERCAKAP,
ADA MURID BERTAMBAH GAGAP.

KALAU SEORANG GURU MENJADI PEMUDAH CARA,
RAMAI MURID PANDAI BERBICARA.

KALAU SEORANG GURU MENGAJAR TANPA MENILAI,
TAK AKAN TAHU MURID BODOH DAN PANDAI.

KALAU SEORANG GURU BERBUDI BAHASA,
DIKENANG MURID SEPANJANG MASA.




►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

Thursday 3 November 2011

CARA-CARA MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANAK ANDA # 1

Assalamualaikum...selamat sejahtera!

Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips tentang cara-cara mudah dan menarik untuk meningkatkan keyakinan diri anak-anak berdasarkan buku yang telah saya baca :: RAISE YOUR CHILD'S SELF ESTEEM! 99 EASY THINGS TO DO by Nancy Krulik::

Buku ni dalam Bahasa Inggeris tapi jangan risau saya cuba terjemahkan dengan bahasa yang paling mudah untuk kita sama-sama baca dan amalkan.. Ingat, nak bina keyakinan diri anak-anak mestilah dari kecil/bayi lagi. Bak kata pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya =D.. dari tajuk buku ini pun kita dah tau ada 99 cara kan...banyak tu... Jadi saya akan tulis setakat yang saya mampu dan sambung part seterusnya bila saya ada masa lagi nanti okay!...selamat beramal! hahah~


1) Beritahu anak anda yang anda sayangkan dia sekurang-kurangnya sekali sehari



2) Ambil berat perasaan anak anda dengan serius. Cuba jangan kata "nanti ok lah tu" atau "takdelah teruk  sangat"


3)  Biar anak anda tahu yang ia adalah okay untuk buat kesalahan. Mengaku kesalahan anda sendiri.


4) Buat carta permainan tentang hidup anak anda. Setiap ruang di atas carta boleh menandakan pencapaian yang anak anda telah lakukan since dari dia lahir. Mula dari awal dengan 'kali pertama dia senyum' atau 'bila dia mula berguling', seterusnya 'buku pertama yang dia bacakan pada anda' dan 'hari pertama dia ke tadika atau perkhemahan'.


5) Ketawa pada lawak jenaka yang anak anda buat - walaupun anda tak berapa faham hehe...



6) Puji usaha anak anda, tanpa merisaukan tentang hasilnya.



7) Ambil gambar anak anda setiap tahun pada hari pertama persekolahan. Jangan lupa melihat gambar-gambar yang lama untuk melihat setakat mana dia sudah membesar.



8) Galakkan anak anda bertanya. Cari jawapan bersama-sama.


9) Ajar anak anda yang "tidak boleh" bukanlah untuk selamanya. Dengan sedikit usaha keras, anak anda akan mempelajari kemahiran baru dan mengubah "Saya tidak boleh" kepada "Saya boleh!".


10) Tahan keinginan anda untuk berkata "Kan mak/ayah dah cakap..."







Setakat ini dulu tips untuk part pertama...Nantikan yang seterusnya okay!



























►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

Tuesday 1 November 2011

Words of Wisdom

Peace be upon you!! today i just want to share some Words of Wisdom that i got from a calendar! hehe  . Actually i'am a person who loves philosophy so much. When i was a kid, i used to have a thick-small book which i used to write interesting quotation/words of wisdom that  I've collected. So, why not i share them in my blog.


OPPORTUNITY - You'll always miss 100% of the shots you don't take.

ATTITUDE - " A bump in the road is either an obstacle to be fought or an opportunity to be enjoyed... it is all   up to you."

EFFORT - The spirit to win and the will to excel is always measured one stroke at a time.

CREATIVITY - Some people dream of success... while other wake up and work hard at it.

EARNEST - "I firmly believe that any man's finest hour is that moment when he has worked his heart out in a good cause and lies exhausted on the field of battle, victorious."

SUCCESS - The harder you work... the luckier you get.

CHANGE - We cannot direct the wind, but we can adjust the sail.

COMMITMENT - To be a winner, all you need to give is all you have.

WISDOM - Wisdom is to understand that the worlds is ever-changing.

TEAMWORK - Teamwork is a fuel that allows common people to produce uncommon result.

EXCELLENCE - The differences between ordinary and extraordinary is the little extra.

COMPETITION - "Whoever said, it's not whether you win or lose that counts, probably lost."




Source:   Calendar 2011 - Super Crane Machinery (M) Sdn. Bhd.



►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

Friday 21 October 2011

BEAUGLY (BEAUTY + UGLY)

ASSALAMUALAIKUM.... many-many sorry to myself sebab lama sangat tak update blog sendiri (puiiii! to myself) huh... pathetic... is halfway always your habit?...don't be like that la me... okay-okay enough nagging like makcik-makcik.... TA-DA! actually there's a lot of things i wanted to express in my blog lately, unfortunately my lazy mood always hanging on my neck so i cant help it but to be lazy! Astaghfirullah...

To be honest, actually i like to write..ermm more to composing song and i have a few of my own songs.. But, i don't really have the courage to exposing them in public. So, now i decided to perpetuate my composition in my own blog! yeeehaw!.... Here's one of my latest poetry/lyrics or whatsoever...and there's plenty more that i'll post later... Feel free to comment (if you want to) =D oh yeah, i'll try to post the complete songs later (when i'm ready) so that you guys can hear it huhuhu...

I dedicate this not-so-poetic poetry to the girls out there. Remember, we are all beautiful and charming. But the most important thing is to have a beautiful HEART. Because that is the only thing that matter for Allah.

BEAUGLY

Oh you pretty, pretty face.
Walk like a model,
All eyes are on you,
What a persona.
Oh you pretty, pretty face,
What a persona,
You've got the brain,
But you don't have the aura.
Yeah you pretty, pretty face,
You don't have the aura,
Outside you are pretty,
Inside you're so ugly.
Dear oh dear, my pretty face,
Keep your price high,
Don't make it low,
What a waste when,
You're not so pretty anymore.
Honey - honey you're the beauty,
Fix your heart don't make it ugly,
Beauty of you is just a gift,
What will get paid is your heart only.
Oh you pretty, pretty face,
What a persona,
You've got the brain, 
And such beautiful aura.

by: adiox
15/9/2011 (10.50 a.m) 


►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

Monday 3 October 2011

Kisah Mahatma Gandhi

Assalamualaikum...selamat sejahtera! Selamat hari Rabu semua!! rajin lagi hari ini hoyeah~


Hari ini berlaku satu situasi pendek yang saya berminat nak ceritakan. Tapi pointnya bukan tentang situasi tersebut, ianya tentang 'moral of the situation' dan kisah yang berkaitan dengannya.

Tadi di sekolah sedang saya berjalan di koridor sekolah, saya terserempak dengan dua orang budak lelaki darjah empat. Salah seorang daripada mereka sedang minum air dalam cawan kertas yang dibeli dari 'vending machine' di sekolah.. (sekarang sekolah-sekolah dah maju, dulu mana ada mesin air ni kat sekolah). Budak tersebut sedang minum sambil berjalan. Maka saya sebagai seorang guru pun dengan ringkasnya menegur perbuatan budak itu.

"Hep, minum sambil berjalan?" kata saya menegur dalam nada soalan (haha).

"Hehe...." itu sahaja yang mampu dibalas budak tadi sambil tersenyum comel.

"Hei cikgu kata tak baik la minum sambil jalan..." kata budak yang seorang lagi pada kawannya yang lepas tu sambung minum (adeh, bila masa pulak aku cakap  macam tu) pandai kawan dia ulas maksud aku hehehe...

Sedetik selepas aku berlalu, otak dan hati ini pun terus berkata-kata : 'Eleh, aku sendiri pun selalu ja minum sambil berjalan. Tambah-tambah lepas beli air 'Chocolate Milk Tea' dekat kiosk Cool Blog dalam Tesco tu. Lepas bayar terus minum sambil berjalan dengan suami dan anak. Hudoh sungguh perangai. Eloklah, anak pun nampak perbuatan aku tu, esok lusa dia tiru la. Hari ini aku tegur anak murid pulak ya...haih~~"

Sedetik selepas itu terus saya teringat kisah Mahatma Gandhi yang saya baca dalam majalah/buku Readers Digest beberapa tahun lepas. Kisahnya macam ini, saya pendekkan saja lah ya:

Suatu hari ada seorang ibu membawa anak lelakinya berjumpa dengan Mahatma Gandhi. Ibu tersebut hendak meminta bantuan Mahatma Gandhi menasihatkan anak lelakinya tentang sesuatu. Berkatalah ibu tersebut:

"Tuan, tolonglah nasihatkan anak saya ni. Dia suka sangat makan gula. Dia makan gula terlalu banyak. Saya takut dia dapat penyakit "

Mahatma Gandhi pun berkata " Baiklah, hari ini saya tak boleh tolong. Kamu balik dulu, selepas dua minggu datang semula jumpa saya."

Maka baliklah ibu tersebut dengan anaknya. Selepas dua minggu mereka datang semula. Mahatma Gandhi pun menasihati anak lelaki wanita tersebut supaya berhenti makan gula. Selepas sudah memberi nasihat, ibu tersebut pun bertanya kepada Gandhi "Tuan, kenapa masa saya datang dua minggu lepas tuan tak mahu nasihat anak saya supaya berhenti makan gula?"

Maka jawap Mahatma Gandhi "Dua minggu lepas saya juga makan gula"

Jadi, kamu-kamu semua faham tak cerita ni?...maknanya, sepanjang dua minggu itu Gandhi telah berhenti makan gula. Barulah dia boleh menasihati orang lain supaya berhenti makan gula. See?.....see??

In case anda tak kenal Mahatma Gandhi : Seorang tokoh dari India.





Susah juga ya kalau nak menegur orang benda yang kita sendiri buat. Rasa malu dengan diri sendiri kan?
Tapi apakan daya, Cikgu juga sama macam mak bapak. Seburuk mana kita, tak mungkin kita mahukan anak-anak jadi teruk macam kita kan. Didik tetap didik. Tapi lebih baik kita amalkan apa yang kita belajar. Lebih-lebih lagi amalkan apa yang kita ajar.

*************************************

Guru kencing berdiri, anak murid murid kencing berlari.

*************************************

Suami teruk, isteri lingkup
(apa hal? tiba-tiba je hahahah!!)

*************************************

Empat kepol, secupak,
Empat cupak, segantang,
Tak betul mak-bapak,
Anak pinak lintang-pukang.

*************************************


Sekian~~~









►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

Tuesday 20 September 2011

DIALOG CIKGU-MURID #1

Salam dan hai!....hari ini rajin pula nak  update blog kan...dah takde idea ke lama menyepi?..yup, takde idea hahah!... okaylah mulai hari ini saya nak cuba post entries pasal dialog-dialog saya dengan murid yang saya rasa kelakar atau agak kelakar atau agak silly...kalau tak kelakar jangan gelak dan katakan "pe diaaa?" atau "tah pape je" okay =D

Hari ini saya relief (ganti) kelas lagi. Bawa budak 5 Adab masuk library, suruh mereka baca buku. Murid yang tak boleh baca saya ajar la sikit-sikit. 5 Adab ni adalah kelas ke enam dari enam kelas, jadi boleh bayangkanlah macam mana kan.... Sewaktu dah hampir habis masa ada seorang budak lelaki berbadan besar bermuka 'blur' datang menghampiri saya:

Bob (bukan nama sebenar...standard la nama untuk orang berbadan besar kan hehe) pun meng 'interview' saya. Saya pula sedaya upaya cuba melayan pertanyaan dia.


Bob: Cikgu, cikgu pernah pergi kota? (kota tinggi, johor).

Cikgu: (angguk-angguk) pernah, kenapa?

Bob: Dekat situ ada ular, ular sawa....besaaar...

Cikgu: Yeke...bila kamu jumpa ular tu?

Bob: Saya jumpa ular tu tepi jalan....ular sawa besaaar....

Cikgu: Yela....bila masa kamu pergi kota tinggi?....Bila kamu jumpa ular tu?

Bob: Ular tu makan orang cikgu!....

Cikgu: Hmmmmpphhh...yela... (tak jawab-jawab pun soalan aku...faham ke tak aku tanya ni)

Ali: Kenapa....kenapa?....kenapa cikgu?? (datang menyibuk)

Bob: Tak de pape lah...kan cikgu?...aku jumpa ulat bulu (ceh...nak ajak aku berkomplot dengan dia pulak)

Ali: betul ke cikgu?

Cikgu: a'ah.... ulat bulu tu makan orang (dah tak kuasa nak melayan)

Ali: Hah?!!.....(melopong sambil mata terbeliak)




Sekian..... hahah!










►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

Monday 12 September 2011

Pembuang Sampah Adalah Sampah Masyarakat Yang Hakiki

Salam....fuyoh! setelah lama tak update...sekali update agak keras post title kali ni kan. Dah lama nak post bab ni sebenarnya..baru hari ini dapat kekuatan nak menulis ::amboi...nak menulis pun kena ada kekuatan tau dak??:: ok apa-apa pun sebelum tu mari kita layan vlog matlutfi ni...sempoi~





Baiklah...ramai  yang maklum agaknya pembuangan sampah ni ada banyak kategori. Manakala pembuangan sampah ini sendiri tergolong dalam salah satu kategori pencemaran alam samada di sir atau pun darat. Saya nak senaraikan kategori-kategori pembuangan sampah yang ada dalam di dunia ini. Mari kita tengok samada kita tergolong dalam kaum-kaum pembuang sampah ini. Kalau ada ciri-ciri tu moh le kita sama-sama buat transformasi diri ya =D..


1. Pembuang Puntung Rokok / Sampah-sampah Kecil

Di Malaysia ni entah berapa juta agaknya perokok yang wujud tidak kira sama ada lelaki, perempuan atau pondan (jantina yang tidak diiktiraf). Fenomena biasa perokok yang menyumbang sampah : hisap rokok cepuih-cepuih dengan rasa nikmatnya (tak kiralah sambil berjalan atau duduk). Bila dah habis asap (habis asap?...hahah!) buang puntung rokok atas lantai lepas tu tenyeh-tenyeh dengan kaki...diiringi muka selamba..lepas tu blah!...wahh...molek benor lah ye perangai. Itu baru seorang spesis macam ini.Kalau dalam sehari ada beratus orang perokok lalu tempat yang sama dengan aksi yang sama tak ke bertimbun puntung rokok atas lantai/jalan di Malaysia ni..Siapa nak tolong buangkan?...owh..nak bagi kambing makan rupanya.. That's so NOT COOL la bro.




Sama juga dengan pembuang plastik gula-gula atau 'chewing gum'. Sudah makan gula-gula, gentel-gentel plastik pembalutnya kemudian jentik ke tepi. Nampak tak berdosa kan? tapi bagi orang yang macam saya (orang yang sensitif dengan alam) cheeeewah..(puii!!).. perbuatan ini adalah salah satu aksi yang menyakitkan mata dan hati. Rasa macam nak ambil plastik gula-gula dan puntung rokok  yang dibuang tadi sumbat dalam hidung si pembuang tersebut. Puas Hati! (itu hanyalah angan-angan belaka). Apa salahnya plastik tu simpan dalam poket dulu kemudian buanglah dalam tong sampah masa terserempak dengan beliau nanti.. Itu barulah COOL!...







2. Membuang Sampah Dari Dalam Kereta.




Ini lagi satu aksi yang menyakitkan jiwa. Selalunya di atas jalan sama ada raya atau tidak, kerap kali saya terjumpa dengan kereta yang pemandu atau penumpangnya dengan mentiba-tiba membuang sampah dari dalam kereta...paling banyak yang dibuang adalah plastik makanan. Kalau nampak aksi yang macam tu rasa nak hon kuat-kuat bagi pemandu tu kutip balik sampah yang dibuang. Tapi malangnya kalau orang yang macam, ditegur pun tak rasa apa-apa kut... Kadang-kadang rasa nak langgar bontot kereta tu pun ada tapi tindakan macam tu terlalu ekstrem dan tidak berbaloi rasanya... tak pasal-pasal nanti kena saman ha ha... Apalah salahnya kalau sampah yang kita buat tu kita simpan dulu dalam kereta, kumpul dalam satu plastik. Nanti dah sampai destinasi atau rumah buanglah dalam tong sampah... Haiya itu pun nak kena ajar ka??


Bukankah pemandangan sebegini menyakitkan mata dan jiwa?


Kadang-kadang kereta yang dinaiki pembuang sampah tu bukan calang-calang kereta, BMW, Mercedes, Proton (hehe) dan kadang-kadang siap ada logo orang-orang kenamaan dan diraja...aduh...jagalah sikit standard tu. Apa guna kaya tapi pemikiran masih tak bertamadun. 

Bukan saja sampah dibuang dari kereta, malah penunggang motosikal pun tak mahu kalah. 
Pernah sekali keluarga saya menaiki kereta yang dipandu bapak terserempak dengan orang 'teruk' macam ni. Ada dua remaja menaiki motosikal. Si pembonceng ni minum sebotol air pepsi sampai habis (dahaga agaknya). Sudah minum dia dengan selamba membaling botol tersebut ke sebelah kanan (ke tengah jalan). Tak ke biul?... tak pasal-pasal terkena cermin kereta saya.Nasib baik botol kosong yang ringan. Yang sadisnya budak tadi tu tak perasan pun kesan tindakannya sendiri. Bapak saya yang tengah bengang tu pun kejar la motor budak-budak tu tadi dan sengaja memandu bersaing di sebelah mereka sambil sedikit menghimpit.. Tak tahulah mereka tu sedar atau tidak kenapa ada kereta menghimpit mereka.

3. Membuang Sampah Ke Dalam Sungai atau Lautan.

Perbuataan yang satu ini memang serius. Kalau siapa-siapa rasa dia pernah buang sampah ke dalam sungai atau ke laut, hatta longkang sekalipun maka bertaubatlah...Sesungguhnya mereka-mereka itu telah membuat kerosakan di muka bumi Allah ni (huh...seriusnya)...Sedih betul kalau tengah seronok-seronok mandi di lata, di sungai, air terjun atau mandi laut tiba-tiba terserempak dengan pampers (lampin pakai buang) yang sudah diguna hanyut di depan batang hidung kita.... BENCI!!!! kenapa mesti buang pampers dalam sungai? kenapa mesti buang sisa-sisa makanan dan sampah bekas kita berkelah tadi ke dalam laut?? tong sampah kan ada disediakan... bodoh betul manusia macam ni. Tak kasihan kah pada makhluk-makhluk dalam air tu. Agaknya ikan-ikan tu pun mencarut jugak pada orang yang buang sampah di tempat mereka ha ha ha.

Tengok pun geli. Apatah lagi nak bau. Nak target dapat pemandangan macam ni ke?


4. Pembuangan BAYI.

Kalau buang sampah dalam sungai tadi dah serius...kali ni super-duper-triple serius okay. Astaghfirullahal'azim...Astaghfirullahal'azim...Astaghfirullahal'azim. Nak tulis bab ni pun saya rasa darah dah naik sampai ke kepala. Dada saya sesak dan sebak. Saban hari ada saja berita tentang pembuangan bayi di Malaysia ni.. Ini super-duper-triple bodoh punya orang. Tak dapat nak bezakan antara sampah dan manusia. Sadisnya majoriti yang buat perkara ni Melayu. Kalau saya tulis orang Melayu ramai yang bodoh pun agaknya  kena saman jugak nanti (eh, dah tertulis pun kan hahaa)...Ya saya orang Melayu tapi saya tak sebodoh itu.



Pandai buat tapi MALU nak tanggung. Mungkin itu ayat yang agak tepat. Serta : tak pandai nak menyelesaikan masalah: . Kalau di Amerika, remaja yang terlanjur ni mereka serahkan anak mereka kepada keluarga atau pasangan yang menginginkan anak. Saya tegaskan di sini saya bukan menggalakkan remaja berzina dan terlanjur ya... Saya cuma beri idea untuk masalah ini.. Bagi yang terlanjur, beranikan diri menghadapi masalah 'termengandung' ini. Cepat-cepat cari pihak yang boleh membantu..cari keluarga yang boleh memelihara anak tersebut (kalau anda sendiri tak mahu jaga). BUKAN BUANG!!! Jangan tambah dosa yang sedia berat tu. Semoga anak yang anda lahirkan menjadi pembantu di akhirat kelak (dengan doa yang dia pohon saban hari)... bukan membalas dendam kepada anda di padang mahsyar nanti kerana sikap zalim anda sendiri terhadap si anak.

Monyet pun tak pernah buang anak rasanya.

Sebenarnya banyak lagi kategori pembuangan sampah ni...Malas nak tulis banyak-banyak hahaha...

Kesimpulan yang saya hendak tekankan di sini; orang yang suka membuang sampah merata-rata dan tidak ada kesedaran macam ni sebenarnya masih mundur. Jika sesebuah bangsa atau masyarakat itu sudah bertamadun, mereka akan sedar kepentingan menjaga kebersihan di sekeliling mereka, jauh sekali menyumbang sampah. Jadi, adakah Malaysia benar-benar sudah maju dan bertamadun? Berilmu belum tentu bertamadun. Lihat sendiri negara-negara yang sudah betul-betul maju, adakah persekitaran mereka dipenuhi dengan sampah?...

Ingatlah...kebersihan adalah sebahagian daripada Iman.... kalau tak BERSIH, maka belum lengkap lah iman kita...

(peringatan untuk diri sendiri dan pembaca sekalian)















►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

Monday 29 August 2011

Sembang sahur Ramadhan terakhir 1432

Assalamualaikum...hype!...alhamdulillah sampai jugak saya ke kampung halaman(takde lah pure kampung sangat huhu) di Kuala Ketil Kedah pukul 11.15 malam semalam...maka pagi ni dapat lah saya bersahur dengan ahli keluarga tercinta...semua adik beradik dah balik kecuali abang dan kak wani (kakak ipar)...tak sangka hari ni dah sahur terakhir rupanya..ingatkan ada lagi dua tiga hari nak puasa...

Sengaja post kali ini saya tulis sembang-sembang kosong yg bagi saya masih ada pengisiannya masa kami bersahur tadi..alah lauk sahur pun biasa-biasa saja...sardin, ikan kering, acar limau, sayur bendi masak kicap dan apa lagi entah...saya tak ingat...sembang pulak merangkumi macam-macam perkara...kematian, kesihatan, cara orang kaya habiskan duit, golf dan macam-macam lagi...

**************************

Sembang pertama #

Mak: Hari tu I (merujuk kepada sembang dengan bapak) pi rumah Kak Mah. Dan (sempat) la sembang dengan Pak Lan (jiran Mak Mah)...Dia kata "Ish...saya ni kan Cikgu Aishah, Kalau Hindun (isteri) mati saya tak tau la nak buat apa.." 

cakap mak saya sambil tergelak-gelak... 

Bapak: Awat yang dia cakap macam tu?

Mak: Dia kata " saya ni tak gheti (reti/pandai) masak langsung!...selama ni Hindun la yang duk masak macam-macam kat saya.." 

Mak saya gelak lagi.

Kakak sulung saya pun bertanya, "Cikgu Hindun tu ada penyakit ka?"

Mak: Mau tak dak penyakit, macam-macam penyakit ada...hidup dengan ubat ja.

Bapak pun cakap la: Mak hang ja yang I duk tengok tak dak penyakit langsung, sihat...segak lagi...duk buat kerja macam-macam...(tak lain tak bukan memuji sambil membodek mak)

Mak: Yalah pak hang ni, duk kata I sihat, segak ...tak dak penyakit...nanti kalau I "piaappp" dulu macam mana?...kita ni bukan kira sihat ka sakit....kalau sampai masa pi la...

Saya senyum dalam hati tanda setuju, memang mak tiada sebarang penyakit..namun ajal maut Allah yang tentukan.... Make sense jugak apa yang mak cakap.

Itu bab mati....



************************
Sembang kedua#

Bapak menyambung dari perbualan tadi...

Bapak: kita ni nak sihat kena la buat kerja, exercise...macam bapak ni tiap-tiap hari pi mencangkul kat kebun nu....Azmi duk exercise dak?...tanya bapak pada abang ipar saya tiba-tiba...

Kak Na (kakak sulung): haish...Azmi tiap-tiap hari tawaf KLCC 4 kali...(gelak)...Abang Azmi hanya tersenyum.

Bapak tanya lagi: Azmi main golf dak?....

Abang Azmi: Tak Pak...jawab abang Azmi sambil tersenyum...

Bapak: Bapak kalau orang upah suruh pi main golf pun bapak tak mau... (berderai ketawa semua orang).... Macam orang bodo ja pun main golf...baik pi cangkul tanah...main golf nak suruh orang bawak beg golf kena bayaq...nak pukul bola pun kena bayaq...

Mak: Allah...dah orang bisnes main golf, bukan nak main sangat...Nak bincang pasal korporat, nak bincang pasal bisnes...



hmmm betui-betui...saya setuju saja...habis bab golf..

**********************

Sembang ketiga#

Saya: B... tolong sua (hulur) kurma tu.. pinta saya pada incik suami sambil menuding jari pada kotak kurma yang nampak 'spesel' tu...atas kotak kurma tu tulis jenama ' Bateel'...kotaknya berwarna emas macam kotak coklat Ferrero Rocher...

Mak: ha...tu makan la kurma mahai Kak Na bawak balik.... (mahal?...apa yang mahalnya?)

Kak Na: Ha tu bos Kak Na bagi seorang sekotak...harga  sekotak kurma tu RM140...(fuyoh!...dalam kotak tu ada la kot dalam 20 atau 30 biji kurma..)


Abang Yeh: hmmm sedap...(kata abang yeh setelah menjamah sebiji kurma)

Kak Na: hmmm kena kata sedap la sebab mahal...padahal sama ja (hahaha...tapi memang isi dia teba dan lembut)

Bapak: Oooh...bos Na yang Dato' tu ka?....

Kak Na: Haa la...dia bagi kat semua orang...kat staff bawahan dia bagi yang sekotak RM 65... (*kakak saya ni seorang engineer dan saya rasa lebih dari seorang engineer mungkin huuu)....Alah orang kaya pandai la depa nak perabih duit....

Dalam hati saya: Dah pandai cari duit kena la pandai habiskan duit...nanti lemas pulak dalam duit tu ye tak?..hahah...

Abang Azmi: Ingat tak  Na yang hari tu kita pi minum teh seteko RM100?...tanya abang ipar pada kakak saya.

Saya: tu diaaaa...teh apa mahal sangat?...tu baru teh, kalau kopi lagi mahai pa... (saya membuat andaian yang memandai hehe)

Kak Na: Alah...hari tu Kak Na nak pi try minum teh dekat Harrods dalam KLCC tu...harga tak tengok dulu...pakai masuk ja...minum teh seteko untuk dua orang...makan la 'scone' berapa ketul...alih2 kena RM125...

Gulp!....minum teh pon beratus ye sekarang...tapi kalau mampu saya rasa tak apa kot...(itu kalau orang banyak duit la hoho)...kalau saya yang buat perangai masuk kedai tak tengok harga macam tu...mau meraung gamaknya hahaha...apakan daya saya hanya seorang chekgu...minum teh lipton saja lah ye chekgu? =D


Sekian, sembang sahur terakhir Ramadhan saya....


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN SEMUA!!!






►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

Wednesday 24 August 2011

TIDAK SEHEBAT CIKGU RAHMAN JANGGUT!

Assalamualaikum dan salam sejahtera (mood skema =P)....

Hmmm tengok kepada tajuk post saya kali ni...sapekah dia Cikgu Rahman Janggut??...dia adalah cicit kepada Tok Janggut yang ada dalam buku teks sejarah sekolah menengah tu hahaha...(betul ni)...sudah semestinya dia seorang cikgu. Bukan cikgu biasa-biasa...namun cikgu yang hebat saya pernah kenal.Tapi Cikgu Rahman Janggut ni bukanlah cikgu saya di mana-mana sekolah, sebaliknya dia adalah ayah saya =)...



Apa yang bestnya cikgu Rahman Janggut ni?...kenapa panggil dia Cikgu Rahman Janggut??....laaa mestila sebab dia ada janggut!..apa yang best?...hmm bagi saya dia adalah seorang cikgu yang superb...(begitu juga Cikgu Siti Aishah- mak saya)..dia (bapak saya) mengakhiri tugasnya sebagai seorang pengetua di sekolah menengah...dan mendapat anugerah tokoh guru daerah Baling/Sik setelah bersara (begitu juga mak saya)... Manakala saya?...belum ada apa-apa tokoh lagi haha...masih terlalu mentah dan masih dalam proses pembelajaran menjadi guru yang hebat..


Apa yang best lagi?...Cikgu Rahman Janggut ni adalah seorang profil yang terkenal di  daerah Baling/Sik khasnya dan di negeri kedah amnya pada zaman kegemilangannya...(tapi rasanya takdelah famous sangat huu)..Dia terkenal dengan ketegasannya, kredibiliti, kepimpinannya dan kehebatannya sepanjang menjadi guru..Apa yang saya masih ingat dia sudah beberapa kali muncul dalam akhbar hahaha...kenapa? artikel yang paling kelakar yang saya ingat...bapak saya pernah muncul dalam akhbar Harian Metro suatu ketika dulu gara-gara hukuman yang diberi kepada pelajar pada ketika itu...masa tu bapak saya jadi pengetua di SMK Teloi Kanan...sebuah kawasan Felda...Well u know, kalau masa dulu dengar budak Felda, memang terkenal dengan masalah dadah dan sebagainya...bukan satu tugas mudah untuk guru membentuk anak-anak yang bermasalah di situ..


Tindakan bapak saya yang sampai masuk paper tu adalah: Mendenda pelajar-pelajar yang sering ponteng sekolah dan mempunyai masalah disiplin mengutip tahi lembu masuk dalam guni di sepanjang jalan sambil berjalan itik... wahahaha!! klasik~~ maka beraturlah pelajar-pelajar dalam barisan berjalan itik sambil mengutip tahi lembu~~ tapi masa tu masyarakat menyokong, begitu juga dengan akhbar tersebut...efeknya?...pelajar2 tersebut serik...dan walaupun selepas sekolah mereka masih menghormati guru walaupun tak pandai mana... 

Cuba kalau cikgu zaman sekarang buat hukuman macam tu di sekolah...apa agaknya tajuk artikel akhbar yang akan keluar nanti ye?.. mungkin : "Guru mengenakan hukuman yang tidak relevan kepada pelajar" agaknya... habis nak rotan tak boleh, nak tampar, terpekak lah pulak budak tu nanti, nak jerkah kang kena belasah balik...well, tu semua alasan...bagi saya kalau di sekolah saya tak ambil kira alasan2 macam tu...saya akan cuba memberi pengajaran yang selayaknya pada murid/pelajar yang bermasalah ni.. Alhamdulillah setakat ni tiada siapa2 yang complain...hohoh...

Setakat ni setelah 1 tahun setengah (baru) saya menjadi cikgu, dah banyak perkara yang saya bincangkan dengan mak bapak saya... antara pernyataan bapak saya sebagai orang veteran dalam bidang pendidikan bagi sesetengah isu yang dibincangkan adalah seperti berikut:

 "Bapak tengok cikgu-cikgu la ni kerja depa bukan mengajaq tapi mesyuarat." 

(haha yang ni saya setuju sangat!...tambah2 kalau dapat guru besar yang kaki mesyuarat. seminggu dua-tiga kali nak mesyuarat.mesyuarat of course la tiap2 minggu kan. sekali mesyuarat 3-4 jam pointnya sikit saja tapi cakap asyik keluar tajuk, meleret-leret arghhh!...bagi saya itu bukan satu cara yang efektif).

"Macam mana budak-budak la ni sampai tingkatan lima pon ada yang tak buleh baca lagi?...cikgu2 duk buat apa tak tau...dulu bapak dengan cikgu2 buleh ajaq budak darjah satu membaca dan tulih karangan sekali dalam masa 100 hari ja!...sistem la ni macam mana tak tau..tak buleh pakai!"


haha fuyo!! boleh mengarang dalam 100 hari?!!...tapi itu suatu situasi yang benar pada masa dulu...bukan nak cakap besar lah kan...dengan satu sistem yang simple budak pon boleh menulis dan membaca tanpa ada masalah...ya..ya...memang ada yang cakap budak2 bermasalah macam ni bengap..apa yang mak bapak bagi makan kat rumah pun tak tau...faktor keluarga bermasalah, mak bapak tak ambil kisah pasal anak2 langsung...dulu2 susah nak dengar pasal broken family dan sebagainya...zaman dah berubah~~

walaupun bagaimanapun pihak cikgu pun ada yang bermasalah...saya pun tak faham kalau dah nama kelas pemulihan tu..siapa yang nak dipulihkan?...cikgu atau anak murid?..fenomena biasa di sekolah sekarang : guru yang bermasalah (suka ponteng kerja, malas masuk kelas, tak produktif) itulah yang akan menjadi guru pemulihan..(tapi tak semua okay..ramai lagi guru pemulihan yang superb mengajar..tabik spring semua!)...so, apa yang akan dilakukan oleh 'guru pemulihan'  tu tadi dalam kelas pemulihan?...selalunya dia akan bagi kertas gambar huruf2 atau gambar binatang dan suruh murid2 mewarna...ni kelas pemulihan membaca ke pemulihan seni???!!....arghhh!...no wonder la budak2 tu sampai besar pon tak pulih2...hek~
antara dialog bapak saya yang lain:

"Bapak dengan mak dulu anak dah lima pun bawak balik buku budak tanda sampai malam...bawak balik buku rekod mengajar pikiaq  dan plan benda best2 yang nak ajaq budak esok...buat alat bantu mengajaq sendiri lawa2 (padahal bapak pinjam yang mak punya heheh) bagi budak seronok...cikgu la ni mana ada macam tu dah..buku tinggal ja kat sekolah...nak buat macam mana?...la ni duk kalut settle dokumentasi apa tak tau..fail macam2...melambak-lambak...last sekali pakai tak masuk kelas teruih la"...kata bapak sambil terjuih mulutnya hahah

sebenarnya ada ramai lagi guru-guru yang bawak balik buku tanda di rumah terutama yang bujang2 hehe... bab nak buat alat bantu mengajar tu minta maaf la gamaknya kot...kekurangan masa mungkin...bab fail tu betul sangat2...entah apa2 fail yang kena buat...KSSR, LINUS, blablabla..orang ppd or nazir sekarang pulak kalau datang memantau di sekolah bukan nak tengok cikgu mengajar atau tidak...tapi nak tengok fail lengkap atau tidak...hek elehhh....cikgu pon nak mengajar dah tak semangat macam dulu...rasa macam jadi kerani lah pulak ye...kesimpulannya kesian budak2...

adeh...tak larat saya nak membebel panjang..dalam kelas saya tak suka membebel dekat budak, saya lebih suka bertindak..tapi dalam blog ni rajin pulak saya membebel kan haha...mintak maaf kalau ada pihak yang terasa ye...

jadi di sini saya nak kongsi benda yang saya copy paste di internet je tentang ciri-ciri guru efektif/berkesan ..kalau kita ada salah satu ciri ni mungkin kita ada potensi untuk jadi guru cemerlang....semua orang ada potensi untuk cemerlang okay!...




Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Pengajaran yang efektif dihasilkan oleh guru yang efektif. Menurut satu kajian oleh Daveid G. Ryans (1959), guru yang efektif ialah guru yang mempunyai ciri-ciri berikut:

- Bersikap adil dan tidak pilih kasih.

- Bertimbang rasa dan baik hati.

- Bertanggungjawab dan suka menolong individu yang lain.

- Tenang dan stabil emosinya.

- Mudah dihampiri, berpatutan dan berupaya berjenaka.

- Berpersonaliti dinamik, iaitu menarik, tangkas dan kerap kali menghidupkan suasana bilik darjah.

- Mempunyai kecerdasan tinggi yang membolehkannya memahami serta mengajar sesuatu dari sudut pandangan yang luas.

- Mempunyai imaginasi tinggi yang membolehkannya memberikan pelbagai jenis contoh yang dapat membantu murid-murid memahami sesuatu konsep dengan mudah serta cepat.

- Bersuara lantang dan bertingkah laku beradab.

- Bersabar. Kesabaran penting ketika guru membimbing murid-murid yang lemah dan nakal.

- Bersikap terbuka, jujur dan ikhlas. Murid-murid akan mempercayai guru seperti ini. Dengan itu murid lebih sedia berkongsi masalah dengan guru.

- Bersikap tegas. Guru yang tegas dapat mewujudkan disiplin yang baik. Ini membolehkan pengajaran-pengajaran berjalan dengan licin.

- Mementingkan ketepatan masa. Guru yang menepati masa ketika masuk ke bilik darjah dapat memulangkan tugasan murid akan dihormati murid-muridnya. Amalan seperti ini juga merupakan teladan yang baik bagi murid-murid.

- Berdedikasi dan rajin. Guru yang berdedikasi kerap kali menyempurnakan tugasannya dengan baik. Dia sentiasa bertujuan untuk menghasilkan pembelajaran murid yang maksima.

- Sedia memberi galakan dan pujian. Sikap seperti ini akan mendorongkan lagi murid-murid untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pembelajaran mereka.



okay cikgu!...renung-renungkan dan selamat beramal!































►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

Monday 22 August 2011

Air kotor vs air bersih?

Assalamualaikum...dan hai~..dah lama rasanya tak post entry baru. Cuti sibuk berjalan hehe...ok hari ini saya nak post tentang elemen yg paling penting dalam tubuh badan kita iaitu AIR...




kita selalu dengar kempen suruh manusia minum 8 hingga 10 gelas air sehari  betul tak?...tak kurang jugak ada pihak yang 'bijak pandai' menafikan minum air lapan gelas sehari  tu  tak ada faedahnya..adakah murid-murid tahu...(mula dah..) minum air yang sekian-sekian mililiter tu penting kerana 70% dari badan manusia terdiri daripada air!.. air dalam badan kita ni sangat-sangatlah penting sebab:


1)air digunakan untuk menyah-toksik dalam badan..auww (eh bukan maknyah okay).


2)melincirkan sendi dalam sistem kerangka (boleh paham ka?)


3)menyokong sistem dan organ pencernaan...(haa kalau kurang air dalam badan buleh sembelit oo..silap hari bulan dapat buasir...adusss...)


4)mengawal suhu badan.. (badan pon macam enjin kereta jugak...eh silap...enjin kereta pon macam badan manusia jugak..ish...which is which?)


5)air menghantar nutrien serta oksigen ke sel-sel badan... (kira macam posmen jugak la kan...kalau takde posmen macam mana surat nak sampai??)


Namun ini semua dipengaruhi jugak sama ada air yang kita minum tu bersih atau tak...kalau bersih tak apalah..kalau koootttttoooqq?? (kotor) macam mana?...Berdasarkan kajian, (bukan saya yang buat kajian tu) air yang bersih dapat:

1)meningkatkan sistem imunisasi badan (maknanya payah nak dapat penyakit)


2)menggalakkan metabolisme badan (ohh...yang metabolisme bagi kurus tu ka?..apakah?)


3)mengurangkan pertumbuhan sel-sel abnormal (hmm yg ni tak tau nak explain..sel kanser mungkin?)


4)menghalang penyebaran toksin (that's great!)


5)mengurangkan risiko mendapat penyakit...hebat!

Subhanallah!...murid-murid tengoklah kehebatan air yang Allah cipta untuk kita semua sangat banyak manfaatnya untuk tubuh badan kita....tapi malangnya zaman sekarang ni kualiti air di Malaysia bahkan di dunia semakin tercemar dan sangat2 tercemar!...yaa hasil buatan manusia itu sendiri...kitalah!

hebatkan KITA?

Maka hilanglah manfaat air itu bersama datangnya pencemaran sungai/air yang kita sendiri lakukan...well, kita pernah dengar pepatah 'you are what you eat'....sama lah juga maknanya dengan 'you are what you drink!'.....Ya...ya... memang air yang kita guna di rumah sekarang dah ditapis di loji-loji air...tapi setakat mana kebersihannya?...ok mungkin bersih,namun bagaimana pula dengan air yang dikotori dengan karat-karat yang berpunca dari sistem perpaipan  di rumah kita?


Wow...itu tak termasuk lagi dengan sistem pengklorinan air (bahan kimia yang wujud dari klorin) dan struktur-struktur cat, besi karat, aluminium dan macam-macam lagi yang wujud dalam air tu sendiri..kalau kita nak selidik tahap kebersihan air di rumah boleh saja gunakan WMP (Waterproof Multi Parameter)...Yup, kita masak air sebelum minum atau masak..tapi, ada kajian menunjukkan pengklorinan dan penapisan mekanikal tidak menghilangkan arsenik daripada air...malah, merebus air boleh meningkatkan lagi kandungan arsenik dalam air!...(arsenik tu apa?...tak tau =P)...okay, arsenik dalam badan boleh mengundang risiko kanser dan penyakit paru-paru (owh, not that bad =D)hohoh~...

Sekarang macam mana?tak tau lah...(jawapan standard huhu)...kita boleh ikhtiar untuk kesejahteraan diri kita..jangan risau dah banyak produk2 penapis air yang keluar di Malaysia ni...macam-macam brand! beli lah satu pasang di rumah...bukan kita sorang saja yang nak minum kan..seisi rumah boleh minum, termasuklah kucing kesayangan hahah!...sambil2 saya menyebarkan info ni saya pon nak promote salah satu produk penapis air ni... (mula dah).. Penapis air ini disahkan halal dan merupakan salah satu produk superbrand...Ia mempunyai teknologi nano yang sangat memberi manfaat untuk tubuh badah dan yang penting mesra-pengguna (senang sangat nak pasang)



KESAN TEKNOLOGI NANO  (dalam penapis air Bio Aura):

1) menentang sel yang tidak normal dan memperbaiki fingsi sel.
2) menghantar nutrien kepada sel dan menyingkirkan toksik dengan cepat
3) memperkuatkan kesihatan otak dan membekalkan kadar oksigen yang tinggi
4) menggalakkan metabolisma untuk memperkuatkan fungsi imuniti dan memberi tenaga
5) melengahkan proses penuaan (kecantikan dan kehalusan  pada kulit)
6) memberi kesegaran pada makanan
7) mengekalkan sifat semulajadi kandungan mineral air dari hasil tapisan.




saya sendiri guna penapis air ni dan Alhamdulillah kesihatan saya dan suami setakat ni sangat baik...masa mengandung pun tak ada alahan yang teruk-teruk...mungkin sebab sistem dalam badan yang stabil...dan bagi surirumah yang gemar memasak tu...kalau nak masak makanan atau tanak nasi silalah guna air yang bertapis ye...untuk keselamatan dan kesejahteraan keluarga kita jugak =D

Berminat?...harga asal produk ni RM2080 sahaja ok...tapi oleh sebab saya nak habiskan stok yang tinggal berapa je lg di rumah saya nak jual harga RM1700 je!... (kalau nak kurang lagi silalah bodek saya...no problem hehe)....aha kalau yang kurang berkemampuan nak bayar 'segedebuk' tu anda bolehlah bayar secara ansuran ya...

Okay! bagi yang berminat nak beli penapis air bioaura ni silalah hubungi saya:

e-mail: ummurizqi@yahoo.com
atau sms : 0127194458 (cikgu muna)


penghantaran bagi area JB percuma ya!....

Sekian serba sedikit perkongsian info dan produk dari saya, wassalam...



►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄