Thursday, 10 November 2011

CARA-CARA MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANAK ANDA #3

Assalamualaikum....kita sambung lagi dan lagi dalam tajuk MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANAK ANDA PART 3...enjoy!



21. Biarkan anak anda menangis bila dia ingin menangis. Anak anda tidak perlu mengendali sesuatu perkara seperti orang dewasa. Ingat, dia hanyalah seorang budak kecil.



22. Buat satu tin "saya boleh" : minta anak anda menghias sebuah tin kopi(atau apa-apa tin) dengan sticker, kertas pembalut dan crayon. Setiap kali anak anda menguasai kemahiran baru, tuliskan ia di atas sekeping kertas dan masukkan ke dalam tin tersebut. Periksa kandungan tin tersebut dari semasa ke semasa supaya anak anda dapat lihat sudah berapa banyak perkara yang dia pelajari.

23. Buat satu "carta perasaan" dengan anak anda. Senaraikan semua emosi yang anak ada dapat fikirkan di atas kertas yang besar. Setiap hari, minta anak anda lekatkan gambarnya bersebelahan perasaan yang dia alami. Bincangkan apa yang membuat dia berasa begitu.


24. Cuba jangan  bawa pulang kerja anda ke rumah. Lukiskan garisan imaginasi anda antara pejabat dan rumah anda.

25. Pakai rantai loket yang ada gambar anak anda atau bawa gambar anak anda di dalam dompet ke mana saja anda pergi.


26. Pergilah bersiar-siar dan tulis puisi tentang kejiranan anda.

27. Biarkan anak anda yang tekan butang lif. Jika tiada lif, biarkan anak anda jadi tukang buka pintu untuk anda - anda juga mungkin ingin berikan kunci padanya dan biarkan dia buka kunci rumah !

28. Sebagai pertukaran, sekali-sekala biarkan anak anda pula yang ikatkan tali kasut anda dan zipkan jaket anda.

29. Hantarkan bungkusan 'ambil berat/kasih sayang' ke perkhemahan/camp anak anda. Jangan lupa sertakan dengan nota istimewa dari anda.


30. Ambil cuti sehari untuk turut serta dalam lawatan kelas anak anda.




►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

0 jeritan murid-murid:

Post a Comment

feel free to comment =)