Hmmm tengok kepada tajuk post saya kali ni...sapekah dia Cikgu Rahman Janggut??...dia adalah cicit kepada Tok Janggut yang ada dalam buku teks sejarah sekolah menengah tu hahaha...(betul ni)...sudah semestinya dia seorang cikgu. Bukan cikgu biasa-biasa...namun cikgu yang hebat saya pernah kenal.Tapi Cikgu Rahman Janggut ni bukanlah cikgu saya di mana-mana sekolah, sebaliknya dia adalah ayah saya =)...
Apa yang bestnya cikgu Rahman Janggut ni?...kenapa panggil dia Cikgu Rahman Janggut??....laaa mestila sebab dia ada janggut!..apa yang best?...hmm bagi saya dia adalah seorang cikgu yang superb...(begitu juga Cikgu Siti Aishah- mak saya)..dia (bapak saya) mengakhiri tugasnya sebagai seorang pengetua di sekolah menengah...dan mendapat anugerah tokoh guru daerah Baling/Sik setelah bersara (begitu juga mak saya)... Manakala saya?...belum ada apa-apa tokoh lagi haha...masih terlalu mentah dan masih dalam proses pembelajaran menjadi guru yang hebat..
Apa yang best lagi?...Cikgu Rahman Janggut ni adalah seorang profil yang terkenal di daerah Baling/Sik khasnya dan di negeri kedah amnya pada zaman kegemilangannya...(tapi rasanya takdelah famous sangat huu)..Dia terkenal dengan ketegasannya, kredibiliti, kepimpinannya dan kehebatannya sepanjang menjadi guru..Apa yang saya masih ingat dia sudah beberapa kali muncul dalam akhbar hahaha...kenapa? artikel yang paling kelakar yang saya ingat...bapak saya pernah muncul dalam akhbar Harian Metro suatu ketika dulu gara-gara hukuman yang diberi kepada pelajar pada ketika itu...masa tu bapak saya jadi pengetua di SMK Teloi Kanan...sebuah kawasan Felda...Well u know, kalau masa dulu dengar budak Felda, memang terkenal dengan masalah dadah dan sebagainya...bukan satu tugas mudah untuk guru membentuk anak-anak yang bermasalah di situ..
Tindakan bapak saya yang sampai masuk paper tu adalah: Mendenda pelajar-pelajar yang sering ponteng sekolah dan mempunyai masalah disiplin mengutip tahi lembu masuk dalam guni di sepanjang jalan sambil berjalan itik... wahahaha!! klasik~~ maka beraturlah pelajar-pelajar dalam barisan berjalan itik sambil mengutip tahi lembu~~ tapi masa tu masyarakat menyokong, begitu juga dengan akhbar tersebut...efeknya?...pelajar2 tersebut serik...dan walaupun selepas sekolah mereka masih menghormati guru walaupun tak pandai mana...
Cuba kalau cikgu zaman sekarang buat hukuman macam tu di sekolah...apa agaknya tajuk artikel akhbar yang akan keluar nanti ye?.. mungkin : "Guru mengenakan hukuman yang tidak relevan kepada pelajar" agaknya... habis nak rotan tak boleh, nak tampar, terpekak lah pulak budak tu nanti, nak jerkah kang kena belasah balik...well, tu semua alasan...bagi saya kalau di sekolah saya tak ambil kira alasan2 macam tu...saya akan cuba memberi pengajaran yang selayaknya pada murid/pelajar yang bermasalah ni.. Alhamdulillah setakat ni tiada siapa2 yang complain...hohoh...
Setakat ni setelah 1 tahun setengah (baru) saya menjadi cikgu, dah banyak perkara yang saya bincangkan dengan mak bapak saya... antara pernyataan bapak saya sebagai orang veteran dalam bidang pendidikan bagi sesetengah isu yang dibincangkan adalah seperti berikut:
"Bapak tengok cikgu-cikgu la ni kerja depa bukan mengajaq tapi mesyuarat."
(haha yang ni saya setuju sangat!...tambah2 kalau dapat guru besar yang kaki mesyuarat. seminggu dua-tiga kali nak mesyuarat.mesyuarat of course la tiap2 minggu kan. sekali mesyuarat 3-4 jam pointnya sikit saja tapi cakap asyik keluar tajuk, meleret-leret arghhh!...bagi saya itu bukan satu cara yang efektif).
haha fuyo!! boleh mengarang dalam 100 hari?!!...tapi itu suatu situasi yang benar pada masa dulu...bukan nak cakap besar lah kan...dengan satu sistem yang simple budak pon boleh menulis dan membaca tanpa ada masalah...ya..ya...memang ada yang cakap budak2 bermasalah macam ni bengap..apa yang mak bapak bagi makan kat rumah pun tak tau...faktor keluarga bermasalah, mak bapak tak ambil kisah pasal anak2 langsung...dulu2 susah nak dengar pasal broken family dan sebagainya...zaman dah berubah~~
walaupun bagaimanapun pihak cikgu pun ada yang bermasalah...saya pun tak faham kalau dah nama kelas pemulihan tu..siapa yang nak dipulihkan?...cikgu atau anak murid?..fenomena biasa di sekolah sekarang : guru yang bermasalah (suka ponteng kerja, malas masuk kelas, tak produktif) itulah yang akan menjadi guru pemulihan..(tapi tak semua okay..ramai lagi guru pemulihan yang superb mengajar..tabik spring semua!)...so, apa yang akan dilakukan oleh 'guru pemulihan' tu tadi dalam kelas pemulihan?...selalunya dia akan bagi kertas gambar huruf2 atau gambar binatang dan suruh murid2 mewarna...ni kelas pemulihan membaca ke pemulihan seni???!!....arghhh!...no wonder la budak2 tu sampai besar pon tak pulih2...hek~
antara dialog bapak saya yang lain:
"Bapak dengan mak dulu anak dah lima pun bawak balik buku budak tanda sampai malam...bawak balik buku rekod mengajar pikiaq dan plan benda best2 yang nak ajaq budak esok...buat alat bantu mengajaq sendiri lawa2 (padahal bapak pinjam yang mak punya heheh) bagi budak seronok...cikgu la ni mana ada macam tu dah..buku tinggal ja kat sekolah...nak buat macam mana?...la ni duk kalut settle dokumentasi apa tak tau..fail macam2...melambak-lambak...last sekali pakai tak masuk kelas teruih la"...kata bapak sambil terjuih mulutnya hahah
sebenarnya ada ramai lagi guru-guru yang bawak balik buku tanda di rumah terutama yang bujang2 hehe... bab nak buat alat bantu mengajar tu minta maaf la gamaknya kot...kekurangan masa mungkin...bab fail tu betul sangat2...entah apa2 fail yang kena buat...KSSR, LINUS, blablabla..orang ppd or nazir sekarang pulak kalau datang memantau di sekolah bukan nak tengok cikgu mengajar atau tidak...tapi nak tengok fail lengkap atau tidak...hek elehhh....cikgu pon nak mengajar dah tak semangat macam dulu...rasa macam jadi kerani lah pulak ye...kesimpulannya kesian budak2...
adeh...tak larat saya nak membebel panjang..dalam kelas saya tak suka membebel dekat budak, saya lebih suka bertindak..tapi dalam blog ni rajin pulak saya membebel kan haha...mintak maaf kalau ada pihak yang terasa ye...
jadi di sini saya nak kongsi benda yang saya copy paste di internet je tentang ciri-ciri guru efektif/berkesan ..kalau kita ada salah satu ciri ni mungkin kita ada potensi untuk jadi guru cemerlang....semua orang ada potensi untuk cemerlang okay!...
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Pengajaran yang efektif dihasilkan oleh guru yang efektif. Menurut satu kajian oleh Daveid G. Ryans (1959), guru yang efektif ialah guru yang mempunyai ciri-ciri berikut:
Pengajaran yang efektif dihasilkan oleh guru yang efektif. Menurut satu kajian oleh Daveid G. Ryans (1959), guru yang efektif ialah guru yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- Bersikap adil dan tidak pilih kasih.
- Bertimbang rasa dan baik hati.
- Bertanggungjawab dan suka menolong individu yang lain.
- Tenang dan stabil emosinya.
- Mudah dihampiri, berpatutan dan berupaya berjenaka.
- Berpersonaliti dinamik, iaitu menarik, tangkas dan kerap kali menghidupkan suasana bilik darjah.
- Mempunyai kecerdasan tinggi yang membolehkannya memahami serta mengajar sesuatu dari sudut pandangan yang luas.
- Mempunyai imaginasi tinggi yang membolehkannya memberikan pelbagai jenis contoh yang dapat membantu murid-murid memahami sesuatu konsep dengan mudah serta cepat.
- Bersuara lantang dan bertingkah laku beradab.
- Bersabar. Kesabaran penting ketika guru membimbing murid-murid yang lemah dan nakal.
- Bersikap terbuka, jujur dan ikhlas. Murid-murid akan mempercayai guru seperti ini. Dengan itu murid lebih sedia berkongsi masalah dengan guru.
- Bersikap tegas. Guru yang tegas dapat mewujudkan disiplin yang baik. Ini membolehkan pengajaran-pengajaran berjalan dengan licin.
- Mementingkan ketepatan masa. Guru yang menepati masa ketika masuk ke bilik darjah dapat memulangkan tugasan murid akan dihormati murid-muridnya. Amalan seperti ini juga merupakan teladan yang baik bagi murid-murid.
- Berdedikasi dan rajin. Guru yang berdedikasi kerap kali menyempurnakan tugasannya dengan baik. Dia sentiasa bertujuan untuk menghasilkan pembelajaran murid yang maksima.
- Sedia memberi galakan dan pujian. Sikap seperti ini akan mendorongkan lagi murid-murid untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pembelajaran mereka.
okay cikgu!...renung-renungkan dan selamat beramal!
sy kenal tok wan man janggut ni..dan dia pun kenal sy jgk..haritu dia htr durian kat umah..hehe
ReplyDeletehehe...bestnya makan durian kan =)
ReplyDelete