Monday, 3 October 2011

Kisah Mahatma Gandhi

Assalamualaikum...selamat sejahtera! Selamat hari Rabu semua!! rajin lagi hari ini hoyeah~


Hari ini berlaku satu situasi pendek yang saya berminat nak ceritakan. Tapi pointnya bukan tentang situasi tersebut, ianya tentang 'moral of the situation' dan kisah yang berkaitan dengannya.

Tadi di sekolah sedang saya berjalan di koridor sekolah, saya terserempak dengan dua orang budak lelaki darjah empat. Salah seorang daripada mereka sedang minum air dalam cawan kertas yang dibeli dari 'vending machine' di sekolah.. (sekarang sekolah-sekolah dah maju, dulu mana ada mesin air ni kat sekolah). Budak tersebut sedang minum sambil berjalan. Maka saya sebagai seorang guru pun dengan ringkasnya menegur perbuatan budak itu.

"Hep, minum sambil berjalan?" kata saya menegur dalam nada soalan (haha).

"Hehe...." itu sahaja yang mampu dibalas budak tadi sambil tersenyum comel.

"Hei cikgu kata tak baik la minum sambil jalan..." kata budak yang seorang lagi pada kawannya yang lepas tu sambung minum (adeh, bila masa pulak aku cakap  macam tu) pandai kawan dia ulas maksud aku hehehe...

Sedetik selepas aku berlalu, otak dan hati ini pun terus berkata-kata : 'Eleh, aku sendiri pun selalu ja minum sambil berjalan. Tambah-tambah lepas beli air 'Chocolate Milk Tea' dekat kiosk Cool Blog dalam Tesco tu. Lepas bayar terus minum sambil berjalan dengan suami dan anak. Hudoh sungguh perangai. Eloklah, anak pun nampak perbuatan aku tu, esok lusa dia tiru la. Hari ini aku tegur anak murid pulak ya...haih~~"

Sedetik selepas itu terus saya teringat kisah Mahatma Gandhi yang saya baca dalam majalah/buku Readers Digest beberapa tahun lepas. Kisahnya macam ini, saya pendekkan saja lah ya:

Suatu hari ada seorang ibu membawa anak lelakinya berjumpa dengan Mahatma Gandhi. Ibu tersebut hendak meminta bantuan Mahatma Gandhi menasihatkan anak lelakinya tentang sesuatu. Berkatalah ibu tersebut:

"Tuan, tolonglah nasihatkan anak saya ni. Dia suka sangat makan gula. Dia makan gula terlalu banyak. Saya takut dia dapat penyakit "

Mahatma Gandhi pun berkata " Baiklah, hari ini saya tak boleh tolong. Kamu balik dulu, selepas dua minggu datang semula jumpa saya."

Maka baliklah ibu tersebut dengan anaknya. Selepas dua minggu mereka datang semula. Mahatma Gandhi pun menasihati anak lelaki wanita tersebut supaya berhenti makan gula. Selepas sudah memberi nasihat, ibu tersebut pun bertanya kepada Gandhi "Tuan, kenapa masa saya datang dua minggu lepas tuan tak mahu nasihat anak saya supaya berhenti makan gula?"

Maka jawap Mahatma Gandhi "Dua minggu lepas saya juga makan gula"

Jadi, kamu-kamu semua faham tak cerita ni?...maknanya, sepanjang dua minggu itu Gandhi telah berhenti makan gula. Barulah dia boleh menasihati orang lain supaya berhenti makan gula. See?.....see??

In case anda tak kenal Mahatma Gandhi : Seorang tokoh dari India.





Susah juga ya kalau nak menegur orang benda yang kita sendiri buat. Rasa malu dengan diri sendiri kan?
Tapi apakan daya, Cikgu juga sama macam mak bapak. Seburuk mana kita, tak mungkin kita mahukan anak-anak jadi teruk macam kita kan. Didik tetap didik. Tapi lebih baik kita amalkan apa yang kita belajar. Lebih-lebih lagi amalkan apa yang kita ajar.

*************************************

Guru kencing berdiri, anak murid murid kencing berlari.

*************************************

Suami teruk, isteri lingkup
(apa hal? tiba-tiba je hahahah!!)

*************************************

Empat kepol, secupak,
Empat cupak, segantang,
Tak betul mak-bapak,
Anak pinak lintang-pukang.

*************************************


Sekian~~~









►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

0 jeritan murid-murid:

Post a Comment

feel free to comment =)