Thursday, 3 November 2011

CARA-CARA MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANAK ANDA # 1

Assalamualaikum...selamat sejahtera!

Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips tentang cara-cara mudah dan menarik untuk meningkatkan keyakinan diri anak-anak berdasarkan buku yang telah saya baca :: RAISE YOUR CHILD'S SELF ESTEEM! 99 EASY THINGS TO DO by Nancy Krulik::

Buku ni dalam Bahasa Inggeris tapi jangan risau saya cuba terjemahkan dengan bahasa yang paling mudah untuk kita sama-sama baca dan amalkan.. Ingat, nak bina keyakinan diri anak-anak mestilah dari kecil/bayi lagi. Bak kata pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya =D.. dari tajuk buku ini pun kita dah tau ada 99 cara kan...banyak tu... Jadi saya akan tulis setakat yang saya mampu dan sambung part seterusnya bila saya ada masa lagi nanti okay!...selamat beramal! hahah~


1) Beritahu anak anda yang anda sayangkan dia sekurang-kurangnya sekali sehari



2) Ambil berat perasaan anak anda dengan serius. Cuba jangan kata "nanti ok lah tu" atau "takdelah teruk  sangat"


3)  Biar anak anda tahu yang ia adalah okay untuk buat kesalahan. Mengaku kesalahan anda sendiri.


4) Buat carta permainan tentang hidup anak anda. Setiap ruang di atas carta boleh menandakan pencapaian yang anak anda telah lakukan since dari dia lahir. Mula dari awal dengan 'kali pertama dia senyum' atau 'bila dia mula berguling', seterusnya 'buku pertama yang dia bacakan pada anda' dan 'hari pertama dia ke tadika atau perkhemahan'.


5) Ketawa pada lawak jenaka yang anak anda buat - walaupun anda tak berapa faham hehe...



6) Puji usaha anak anda, tanpa merisaukan tentang hasilnya.



7) Ambil gambar anak anda setiap tahun pada hari pertama persekolahan. Jangan lupa melihat gambar-gambar yang lama untuk melihat setakat mana dia sudah membesar.



8) Galakkan anak anda bertanya. Cari jawapan bersama-sama.


9) Ajar anak anda yang "tidak boleh" bukanlah untuk selamanya. Dengan sedikit usaha keras, anak anda akan mempelajari kemahiran baru dan mengubah "Saya tidak boleh" kepada "Saya boleh!".


10) Tahan keinginan anda untuk berkata "Kan mak/ayah dah cakap..."







Setakat ini dulu tips untuk part pertama...Nantikan yang seterusnya okay!



























►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

1 comment:

feel free to comment =)