Monday 22 August 2011

Air kotor vs air bersih?

Assalamualaikum...dan hai~..dah lama rasanya tak post entry baru. Cuti sibuk berjalan hehe...ok hari ini saya nak post tentang elemen yg paling penting dalam tubuh badan kita iaitu AIR...




kita selalu dengar kempen suruh manusia minum 8 hingga 10 gelas air sehari  betul tak?...tak kurang jugak ada pihak yang 'bijak pandai' menafikan minum air lapan gelas sehari  tu  tak ada faedahnya..adakah murid-murid tahu...(mula dah..) minum air yang sekian-sekian mililiter tu penting kerana 70% dari badan manusia terdiri daripada air!.. air dalam badan kita ni sangat-sangatlah penting sebab:


1)air digunakan untuk menyah-toksik dalam badan..auww (eh bukan maknyah okay).


2)melincirkan sendi dalam sistem kerangka (boleh paham ka?)


3)menyokong sistem dan organ pencernaan...(haa kalau kurang air dalam badan buleh sembelit oo..silap hari bulan dapat buasir...adusss...)


4)mengawal suhu badan.. (badan pon macam enjin kereta jugak...eh silap...enjin kereta pon macam badan manusia jugak..ish...which is which?)


5)air menghantar nutrien serta oksigen ke sel-sel badan... (kira macam posmen jugak la kan...kalau takde posmen macam mana surat nak sampai??)


Namun ini semua dipengaruhi jugak sama ada air yang kita minum tu bersih atau tak...kalau bersih tak apalah..kalau koootttttoooqq?? (kotor) macam mana?...Berdasarkan kajian, (bukan saya yang buat kajian tu) air yang bersih dapat:

1)meningkatkan sistem imunisasi badan (maknanya payah nak dapat penyakit)


2)menggalakkan metabolisme badan (ohh...yang metabolisme bagi kurus tu ka?..apakah?)


3)mengurangkan pertumbuhan sel-sel abnormal (hmm yg ni tak tau nak explain..sel kanser mungkin?)


4)menghalang penyebaran toksin (that's great!)


5)mengurangkan risiko mendapat penyakit...hebat!

Subhanallah!...murid-murid tengoklah kehebatan air yang Allah cipta untuk kita semua sangat banyak manfaatnya untuk tubuh badan kita....tapi malangnya zaman sekarang ni kualiti air di Malaysia bahkan di dunia semakin tercemar dan sangat2 tercemar!...yaa hasil buatan manusia itu sendiri...kitalah!

hebatkan KITA?

Maka hilanglah manfaat air itu bersama datangnya pencemaran sungai/air yang kita sendiri lakukan...well, kita pernah dengar pepatah 'you are what you eat'....sama lah juga maknanya dengan 'you are what you drink!'.....Ya...ya... memang air yang kita guna di rumah sekarang dah ditapis di loji-loji air...tapi setakat mana kebersihannya?...ok mungkin bersih,namun bagaimana pula dengan air yang dikotori dengan karat-karat yang berpunca dari sistem perpaipan  di rumah kita?


Wow...itu tak termasuk lagi dengan sistem pengklorinan air (bahan kimia yang wujud dari klorin) dan struktur-struktur cat, besi karat, aluminium dan macam-macam lagi yang wujud dalam air tu sendiri..kalau kita nak selidik tahap kebersihan air di rumah boleh saja gunakan WMP (Waterproof Multi Parameter)...Yup, kita masak air sebelum minum atau masak..tapi, ada kajian menunjukkan pengklorinan dan penapisan mekanikal tidak menghilangkan arsenik daripada air...malah, merebus air boleh meningkatkan lagi kandungan arsenik dalam air!...(arsenik tu apa?...tak tau =P)...okay, arsenik dalam badan boleh mengundang risiko kanser dan penyakit paru-paru (owh, not that bad =D)hohoh~...

Sekarang macam mana?tak tau lah...(jawapan standard huhu)...kita boleh ikhtiar untuk kesejahteraan diri kita..jangan risau dah banyak produk2 penapis air yang keluar di Malaysia ni...macam-macam brand! beli lah satu pasang di rumah...bukan kita sorang saja yang nak minum kan..seisi rumah boleh minum, termasuklah kucing kesayangan hahah!...sambil2 saya menyebarkan info ni saya pon nak promote salah satu produk penapis air ni... (mula dah).. Penapis air ini disahkan halal dan merupakan salah satu produk superbrand...Ia mempunyai teknologi nano yang sangat memberi manfaat untuk tubuh badah dan yang penting mesra-pengguna (senang sangat nak pasang)



KESAN TEKNOLOGI NANO  (dalam penapis air Bio Aura):

1) menentang sel yang tidak normal dan memperbaiki fingsi sel.
2) menghantar nutrien kepada sel dan menyingkirkan toksik dengan cepat
3) memperkuatkan kesihatan otak dan membekalkan kadar oksigen yang tinggi
4) menggalakkan metabolisma untuk memperkuatkan fungsi imuniti dan memberi tenaga
5) melengahkan proses penuaan (kecantikan dan kehalusan  pada kulit)
6) memberi kesegaran pada makanan
7) mengekalkan sifat semulajadi kandungan mineral air dari hasil tapisan.




saya sendiri guna penapis air ni dan Alhamdulillah kesihatan saya dan suami setakat ni sangat baik...masa mengandung pun tak ada alahan yang teruk-teruk...mungkin sebab sistem dalam badan yang stabil...dan bagi surirumah yang gemar memasak tu...kalau nak masak makanan atau tanak nasi silalah guna air yang bertapis ye...untuk keselamatan dan kesejahteraan keluarga kita jugak =D

Berminat?...harga asal produk ni RM2080 sahaja ok...tapi oleh sebab saya nak habiskan stok yang tinggal berapa je lg di rumah saya nak jual harga RM1700 je!... (kalau nak kurang lagi silalah bodek saya...no problem hehe)....aha kalau yang kurang berkemampuan nak bayar 'segedebuk' tu anda bolehlah bayar secara ansuran ya...

Okay! bagi yang berminat nak beli penapis air bioaura ni silalah hubungi saya:

e-mail: ummurizqi@yahoo.com
atau sms : 0127194458 (cikgu muna)


penghantaran bagi area JB percuma ya!....

Sekian serba sedikit perkongsian info dan produk dari saya, wassalam...



►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

0 jeritan murid-murid:

Post a Comment

feel free to comment =)