Monday, 12 September 2011

Pembuang Sampah Adalah Sampah Masyarakat Yang Hakiki

Salam....fuyoh! setelah lama tak update...sekali update agak keras post title kali ni kan. Dah lama nak post bab ni sebenarnya..baru hari ini dapat kekuatan nak menulis ::amboi...nak menulis pun kena ada kekuatan tau dak??:: ok apa-apa pun sebelum tu mari kita layan vlog matlutfi ni...sempoi~



video


Baiklah...ramai  yang maklum agaknya pembuangan sampah ni ada banyak kategori. Manakala pembuangan sampah ini sendiri tergolong dalam salah satu kategori pencemaran alam samada di sir atau pun darat. Saya nak senaraikan kategori-kategori pembuangan sampah yang ada dalam di dunia ini. Mari kita tengok samada kita tergolong dalam kaum-kaum pembuang sampah ini. Kalau ada ciri-ciri tu moh le kita sama-sama buat transformasi diri ya =D..


1. Pembuang Puntung Rokok / Sampah-sampah Kecil

Di Malaysia ni entah berapa juta agaknya perokok yang wujud tidak kira sama ada lelaki, perempuan atau pondan (jantina yang tidak diiktiraf). Fenomena biasa perokok yang menyumbang sampah : hisap rokok cepuih-cepuih dengan rasa nikmatnya (tak kiralah sambil berjalan atau duduk). Bila dah habis asap (habis asap?...hahah!) buang puntung rokok atas lantai lepas tu tenyeh-tenyeh dengan kaki...diiringi muka selamba..lepas tu blah!...wahh...molek benor lah ye perangai. Itu baru seorang spesis macam ini.Kalau dalam sehari ada beratus orang perokok lalu tempat yang sama dengan aksi yang sama tak ke bertimbun puntung rokok atas lantai/jalan di Malaysia ni..Siapa nak tolong buangkan?...owh..nak bagi kambing makan rupanya.. That's so NOT COOL la bro.




Sama juga dengan pembuang plastik gula-gula atau 'chewing gum'. Sudah makan gula-gula, gentel-gentel plastik pembalutnya kemudian jentik ke tepi. Nampak tak berdosa kan? tapi bagi orang yang macam saya (orang yang sensitif dengan alam) cheeeewah..(puii!!).. perbuatan ini adalah salah satu aksi yang menyakitkan mata dan hati. Rasa macam nak ambil plastik gula-gula dan puntung rokok  yang dibuang tadi sumbat dalam hidung si pembuang tersebut. Puas Hati! (itu hanyalah angan-angan belaka). Apa salahnya plastik tu simpan dalam poket dulu kemudian buanglah dalam tong sampah masa terserempak dengan beliau nanti.. Itu barulah COOL!...







2. Membuang Sampah Dari Dalam Kereta.




Ini lagi satu aksi yang menyakitkan jiwa. Selalunya di atas jalan sama ada raya atau tidak, kerap kali saya terjumpa dengan kereta yang pemandu atau penumpangnya dengan mentiba-tiba membuang sampah dari dalam kereta...paling banyak yang dibuang adalah plastik makanan. Kalau nampak aksi yang macam tu rasa nak hon kuat-kuat bagi pemandu tu kutip balik sampah yang dibuang. Tapi malangnya kalau orang yang macam, ditegur pun tak rasa apa-apa kut... Kadang-kadang rasa nak langgar bontot kereta tu pun ada tapi tindakan macam tu terlalu ekstrem dan tidak berbaloi rasanya... tak pasal-pasal nanti kena saman ha ha... Apalah salahnya kalau sampah yang kita buat tu kita simpan dulu dalam kereta, kumpul dalam satu plastik. Nanti dah sampai destinasi atau rumah buanglah dalam tong sampah... Haiya itu pun nak kena ajar ka??


Bukankah pemandangan sebegini menyakitkan mata dan jiwa?


Kadang-kadang kereta yang dinaiki pembuang sampah tu bukan calang-calang kereta, BMW, Mercedes, Proton (hehe) dan kadang-kadang siap ada logo orang-orang kenamaan dan diraja...aduh...jagalah sikit standard tu. Apa guna kaya tapi pemikiran masih tak bertamadun. 

Bukan saja sampah dibuang dari kereta, malah penunggang motosikal pun tak mahu kalah. 
Pernah sekali keluarga saya menaiki kereta yang dipandu bapak terserempak dengan orang 'teruk' macam ni. Ada dua remaja menaiki motosikal. Si pembonceng ni minum sebotol air pepsi sampai habis (dahaga agaknya). Sudah minum dia dengan selamba membaling botol tersebut ke sebelah kanan (ke tengah jalan). Tak ke biul?... tak pasal-pasal terkena cermin kereta saya.Nasib baik botol kosong yang ringan. Yang sadisnya budak tadi tu tak perasan pun kesan tindakannya sendiri. Bapak saya yang tengah bengang tu pun kejar la motor budak-budak tu tadi dan sengaja memandu bersaing di sebelah mereka sambil sedikit menghimpit.. Tak tahulah mereka tu sedar atau tidak kenapa ada kereta menghimpit mereka.

3. Membuang Sampah Ke Dalam Sungai atau Lautan.

Perbuataan yang satu ini memang serius. Kalau siapa-siapa rasa dia pernah buang sampah ke dalam sungai atau ke laut, hatta longkang sekalipun maka bertaubatlah...Sesungguhnya mereka-mereka itu telah membuat kerosakan di muka bumi Allah ni (huh...seriusnya)...Sedih betul kalau tengah seronok-seronok mandi di lata, di sungai, air terjun atau mandi laut tiba-tiba terserempak dengan pampers (lampin pakai buang) yang sudah diguna hanyut di depan batang hidung kita.... BENCI!!!! kenapa mesti buang pampers dalam sungai? kenapa mesti buang sisa-sisa makanan dan sampah bekas kita berkelah tadi ke dalam laut?? tong sampah kan ada disediakan... bodoh betul manusia macam ni. Tak kasihan kah pada makhluk-makhluk dalam air tu. Agaknya ikan-ikan tu pun mencarut jugak pada orang yang buang sampah di tempat mereka ha ha ha.

Tengok pun geli. Apatah lagi nak bau. Nak target dapat pemandangan macam ni ke?


4. Pembuangan BAYI.

Kalau buang sampah dalam sungai tadi dah serius...kali ni super-duper-triple serius okay. Astaghfirullahal'azim...Astaghfirullahal'azim...Astaghfirullahal'azim. Nak tulis bab ni pun saya rasa darah dah naik sampai ke kepala. Dada saya sesak dan sebak. Saban hari ada saja berita tentang pembuangan bayi di Malaysia ni.. Ini super-duper-triple bodoh punya orang. Tak dapat nak bezakan antara sampah dan manusia. Sadisnya majoriti yang buat perkara ni Melayu. Kalau saya tulis orang Melayu ramai yang bodoh pun agaknya  kena saman jugak nanti (eh, dah tertulis pun kan hahaa)...Ya saya orang Melayu tapi saya tak sebodoh itu.



Pandai buat tapi MALU nak tanggung. Mungkin itu ayat yang agak tepat. Serta : tak pandai nak menyelesaikan masalah: . Kalau di Amerika, remaja yang terlanjur ni mereka serahkan anak mereka kepada keluarga atau pasangan yang menginginkan anak. Saya tegaskan di sini saya bukan menggalakkan remaja berzina dan terlanjur ya... Saya cuma beri idea untuk masalah ini.. Bagi yang terlanjur, beranikan diri menghadapi masalah 'termengandung' ini. Cepat-cepat cari pihak yang boleh membantu..cari keluarga yang boleh memelihara anak tersebut (kalau anda sendiri tak mahu jaga). BUKAN BUANG!!! Jangan tambah dosa yang sedia berat tu. Semoga anak yang anda lahirkan menjadi pembantu di akhirat kelak (dengan doa yang dia pohon saban hari)... bukan membalas dendam kepada anda di padang mahsyar nanti kerana sikap zalim anda sendiri terhadap si anak.

Monyet pun tak pernah buang anak rasanya.

Sebenarnya banyak lagi kategori pembuangan sampah ni...Malas nak tulis banyak-banyak hahaha...

Kesimpulan yang saya hendak tekankan di sini; orang yang suka membuang sampah merata-rata dan tidak ada kesedaran macam ni sebenarnya masih mundur. Jika sesebuah bangsa atau masyarakat itu sudah bertamadun, mereka akan sedar kepentingan menjaga kebersihan di sekeliling mereka, jauh sekali menyumbang sampah. Jadi, adakah Malaysia benar-benar sudah maju dan bertamadun? Berilmu belum tentu bertamadun. Lihat sendiri negara-negara yang sudah betul-betul maju, adakah persekitaran mereka dipenuhi dengan sampah?...

Ingatlah...kebersihan adalah sebahagian daripada Iman.... kalau tak BERSIH, maka belum lengkap lah iman kita...

(peringatan untuk diri sendiri dan pembaca sekalian)















►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

4 comments:

  1. comel lah baby tuh. bab rokok tu, try promote kat totto. :p terbakar pakcik tu nanti..hehe..

    ReplyDelete
  2. kwn saya ada masalah kebersihan, sila bagi kaunseling

    ReplyDelete
  3. Mrs Earth- mai sini nak buka kelas kaunseling haha

    ReplyDelete
  4. Cik Chempaka Sari- teruskan berdakwah hehe. cakap kat dia jin setan sumer gemuk2 belaka sebab dia duk bagi makan dengan asap rokok hehe...

    ReplyDelete

feel free to comment =)