Wednesday 9 November 2011

CARA-CARA MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANAK ANDA # 2

Selamat sejahtera semua!...kita sambung tips meningkatkan keyakinan diri anak-anak yang seterusnya ya....



11. Beri perhatian pada kebaikan secara rawak yang telah anak anda lakukan. Pastikan anda mengucapkan terima kasih padanya.

12. Duplikasi atau cuci semula gambar keluarga anda. Gunakan gambar-gambar tersebut untuk bermain 'memory game' dengan anak anda. Untuk bermain; terbalikkan semua gambar dan ambil giliran untuk cuba meneka dimana pasangan gambar diletakkan. Jika anak anda meneka dengan betul, Dia boleh ambil gambar tersebut. Jika tidak, terbalikkan semula gambar tersebut dan teruskan bermain. Bila kesemua gambar sudah habis, pemain yang mempunyai paling banyak gambar menjadi pemenang.


13. Jangan beri layanan yang serupa kepada semua anak anda.Setiap dari mereka memerlukan keperluan yang berbeza.

14. Cipta sebuah kolaj bola kristal (crystal ball collage). Biar anak anda isikan ia dengan gambar dan cerita tentang apa yang dia harapkan untuk masa depan.


15. Ambil sebuah album foto, penuhkan dengan gambar anak anda semasa bayi. Ceritakan padanya kisah-kisah sewaktu dia masih bayi. Ia akan menjadi aktiviti yang istimewa sepanjang mengimbas semula memori untuk anda dan anak anda.


16. Luahkan ketidaksetujuan anda dengan anak anda. Jika anda berkelakuan senyap sekarang, berkemungkinan dia juga akan melakukan perkara yang sama kelak.

17. Jangan biarkan anak anda masuk tidur dengan keadaan marah kepada anda - atau memikirkan yang anda marah kepadanya.

18. Simpan rahsia anak anda - melainkan jika rahsia itu membahayakan kesejahteraan anak anda.

19. Ajar anak anda yang semua orang berhak mempunyai pendapat masing-masing. Hormati pendapat anak anda juga.


20. Sentiasa ucapkan 'selamat tinggal' sebelum anda keluar. Menyelinap keluar akan membuatkan anak anda hilang kepercayaan pada anda.



►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

0 jeritan murid-murid:

Post a Comment

feel free to comment =)