Hari ni saya ada satu soalan...soalan ni dah berkurun berlegar-legar dalam kepala otak saya yang sedang 'mengembang' ni...soalan tersebut berbunyi begini: "Why almost everybody think their work/occupation is the hardest job in the world?????".....wahh~~ soalan in english...banyak 'question mark' pulak tuh...huh~ ehee..ape salahnya kan?..
Oppss berbalik pada soalan tadi, mari saya (ceyh,,,mari saya~~)...ish! serius sikit pliz!...ok..ok..saya cuba bagi beberapa situasi:
status office boy/girl di FB: adei...susahnya keje office ni...benda nak taip berlambak, balik pukul 5..kadang kena balik malam...jadi cikgu kan senang!..boleh balik awal, cuti pon banyak! gaji besar! huh~~ (
status para cikgu di FB: semua orang ingat kerja cikgu ni senang..boleh balik awal lah, cuti panjang lah...gaji banyak lah...cuba jadi cikgu tengok!...kat sekolah kerja...kat rumah pon bawak balik kerja...masa dengan family pon dah takde...dengan nak layan kerenah budak lagi...kerenah mak bapak yang *
status arkitek di FB: hari ni saya baru balik dari hospital jenguk kawan saya yang juga sorang arkitek...terkejut saya dengar explanation doktor tu..pembuluh darah otak kawan saya tu pecah sebab stress sangat kerja!!...kesian dia..ni la kerja arkitek..terlalu susah..stress dibuatnya~~ (saya tak berapa ingat dah ayat2 yang lain huuu sorry)
status bussinessman di FB: cuba buka satu perniagaan tengok!...baru anda tau payahnya nak berniaga..
see??....can you guys see the situation??...semua orang (almost semua) rasa kerja yang mereka lakukan tu lah kerja yang paling susah dalam dunia...tu tak termasuk jururawat, company's planner, doktor, pekerja kilang atau tukang angkut sampah lagi ...
sebenarnya saya pon pernah ada mentaliti yang macam ni suatu masa dulu masa awal2 jadi cikgu..mula-mula saya excited nak jadi cikgu...sebab saya nak mengajar!..tapi kegembiraan saya lama-kelamaan 'dicalari' sebab terkejut dengan beban kerja yang bertimpa-timpa...antara puncanya (ini cuma dari pemikiran saya ye).. ketua yang terlalu suka rush/push pekerja bawahan(cikgu)...ketua yang suka bagi kerja sendiri pada orang bawahan...kerja-kerja dokumentasi yang merapu dana...tukar menteri, tukar lah sistem n bertambah kerja yang ntah apa2 dalam bidang pendidikan di Malaysia ni (malas saya nak explain/merungut)...saya tak boleh fokus mengajar!!...arghh stressnya~~kesian murid-murid saya
nak tanda buku dan kertas ujian lagi ( cis nak tambah jugak tuh!)
tapi mentaliti saya mula berubah masa saya dah mengandung...saya selalu pergi klinik kesihatan ibu dan anak untuk check-up kandungan saya samada bulanan atau mingguan..di klinik tu punyalaaaaa ramai manusia!...melayu, india, cina, indon, filipina...you name it!..saya nampak muka2 nurse disitu..kesesakan...kelelahan...masam!...ok..saya perhati dulu..pertama kali pi klinik saya jumpa nurse senior yang amat garang!...sambil ambil keterangan saya dalam bilik (waa macam pulis pulak)...sambil2 tu mulut dia membebel/kutuk patient lain diluar. "gulp," saya hanya senyap dan senyum....'dia ni letih kot'..tu je la saya boleh fikir..saya selesai urusan di klinik pada hari tu dalam pukul 5.30...tapi, masih ada berbelas patient lagi yang masih menunggu giliran!...saya pun terfikir, pukul berapa la agaknya misi-misi ni boleh balik ye?,,,kesian...
barulah masa tu saya dapat hidayah yang bukan kerja saya yang paling susah...cuba kita tengok dibawah sekali-sekala...jangan selalu dongak ke atas saja. Kalau kita rasa kerja kita paling susah, masih ada orang lain yang leeeeeeebiiiiiiiihhh susah pekerjaan dia demi sesuap rezeki.
contohnya: nelayan
Jadi, poin utama saya disini, kalau tak mahu rasa susah, ikhlaskan hati dalam setiap pekerjaan. Barulah dinamakan ibadah. Dalam setiap pekerjaan mesti ada pengorbanan. Barulah kita dapat rasa kepuasan bekerja itu sendiri. Marilah kita sama-sama bekerja mengikut etika kerja dalam Islam tak kiralah apa jua jenis pekerjaan kita.
Etika kerja dalam Islam adalah seperti berikut:
1. Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Allah
2. Bekerja Dengan ikhlas Dan Amanah
3. Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap
4. Bekerja Dengan Semangat Gotong-Royong Dan Berpadu Fikiran5. Bekerja Dengan Matlamat Kebahagiaan Manusia Sejagat
2. Bekerja Dengan ikhlas Dan Amanah
3. Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap
4. Bekerja Dengan Semangat Gotong-Royong Dan Berpadu Fikiran5. Bekerja Dengan Matlamat Kebahagiaan Manusia Sejagat
Disini saya juga nak kongsikan beberapa hadis dan ayat Al-Quran sebagai 'ubat' untuk kita rasa redha dan gembira bekerja =)
Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Taubah ayat 105 yang bermaksud:
Dan katakanlah wahai Muhammad “ Beramallah / bekerjalah kamu (akan segala yang diperintahkan ) maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara –perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :
‘Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia’. (Riwayat Al-Quda’)
Rasulullah S.A.W. bersabda dengan maksud:
“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”.(R iwayat Al-Baihaqi)
“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang tiada menyukar-nyukarkan pekerjaan dan yang jernih mukannya dalam menghadapi manusia."(Riwayat Al-Baihaqi)
Bahkan Nabi Muhammad S.A.W. ada bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala sepertiorang yang berjihad di jalan Allah.” (Riwayat Al- Bukhari).
Akhir sekali ingatlah:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya”. (Al-Baqarah :286)
Jadi pada rakyat Malaysia semua, cikgu nak ingatkan pada diri cikgu sendiri dan rakan-rakan pembaca, marilah sama-sama kita buat yang terbaik dalam kerja kita, suatu hari nanti kita juga yang dapat habuan atas apa yang kita kerjakan. Janganlah sekali-kali merasa ego dan memperlekehkan pekerjaan orang lain yang kononnnya lebih senang. Hormati dan hargai setiap pekerjaan dan para pekerja dalam dunia ini... Sekian, selamat berfikir! =)
0 jeritan murid-murid:
Post a Comment
feel free to comment =)