Saturday, 6 August 2011

Menuntut Ilmu

Assalamualaikum....hari ini dah hari ke 6 kita berpuasa...Alhamdulillah..ini post saya yang kedua dalam blog ni (dua je??) sabar...akan menyusul berlambak lagi nanti ho~~..

saya mulakan dengan tajuk Menuntut Ilmu...benda yang paaaaaling senang dalam dunia ialah BELAJAR setuju tak? (tak termasuk dengan exam, penilaian dan sebagainya).. cuba tanya orang yang bekerja "antara pekerjaan anda sekarang dengan waktu belajar dulu mana lagi senang?" (sekali lagi tak termasuk assignment, projek, exam dan sebagainya...muahaha~~)...kalau saya lah kan saya nak jawab belajar lagi senang dari bekerja macam sekarang...walaupun orang kata kerja CIKGU ni SENANG (akan dikupas jugak nanti)....padahal masa tengah ambil degree dulu punya la tak sabar nak habiskan 5 tahun sebab rasa seksa ya' 'amat!..

Kalau nak diiikutkan(bagi saya la) belajar ni senang sebab boleh dilakukan di mana2 dan pelbagai cara...cara yang mudah pulak tu... LIHAT,PERHATI,DENGAR, BUAT, BERFIKIR, BERTANYA....apa lagi ek?...tapi masalahnya kenapa manusia payah sangat nak belajar kan...tak payah pergi jauh saya bagi contoh dalam kelas bila cikgu or lecturer tengah bersyarah dalam kelas pung-pang-pung-pang! masih ada jugak yang tak mahu dengar dan sibuk bersembang tentang idea masing2 (yang konon/mungkin lebih baik dari idea tukang bebel tersebut)...alasannya mungkin cara cikgu/pensyarah tu mengajar tak menarik...atau rasa dah pandai dari mereka...tapi secara jujurnya sebenarnya cara pengajaran yang tak menarik itu adalah masalah cikgu tersebut...dia mungkin GAGAL menyampaikan sesuatu dengan menarik...lainlah kalau dia GAGAL memberi input yang berfaedah...tak payah pergi kelas pon tak apa kan?

tapi point saya di sini ialah tanggungjawab kita sebagai PELAJAR yang bertanggungjawab kepada diri sendiri untuk MENUNTU ILMU...walau boring macam mana pun cikgu tu kita tetap kena belajar...kalau tak faham bertanya...tapi most pelajar melayu (termasuk saya) tak suka bertanya ataupun tak tau apa yang nak ditanya sebab dari awal lagi tak faham ntah apa-apa yang cikgu bebelkan tu heheh...cuba sekali sekala angkat tangan dan cakap pada cikgu anda "cikgu saya tak jelas apa yang cikgu nak sampaikan"...heheh mau terkedu cikgu tu...secara tak langsung cikgu tu pon cuba memperbaiki cara penyampaian dia...senang kan?(cakap memang senang)

Actually disini saya nak kongsi sikit wasiat Imam Syafie tentang menuntut ilmu ni...dulu selalu dengar nasyid arab pasal wasiat Imam Syafie ni...suka sangat (dah puas cari kat google dan youtube) tapi tak jumpa (kalau ada yang tau plizzz share dengan saya ya! =D



 Dalam wasiat/syair beliau ada disebut sebagai penuntut ilmu kita mestilah ada 6 sifat ni... 
i.
Kecerdikan - Boleh memahami ilmu yang dipelajari, boleh menghafal doa-doa dan bukanlah seorang yang benak. Saya rasa faktor pemakanan dan didikan ibu bapa masa kecil berpengaruh besar dalam point ni..
ii.
Sensitiviti kepada Ilmu - Suka dan berminat mempelajari ilmu dan boleh memelihara (menyimpan) ilmu dan menjaga amanah ilmu dengan baik. Selalunya kita cepat belajar dengan ilmu atau bidang yang kita suka betul tak?
iii.
Mempunyai Pendapatan (biaya yang cukup) - Mempunyai wang, harta. Belajar pun ada kos jugak nak bayar yuran dan macam2 lagi kan. (thanks to our parents la hehe)..bagi yang dapat elaun or biasiswa tu cuba muhasabah balik untuk apa duit tu sebenarnya..ooopppps (saya terkena) huuu~~
iv.
Mempunyai kesungguhan - bersungguh-sunguh dan berterusan dalam belajar, bukan sambil lewa sahaja.
v.
Rakan seperguruan adalah saudara kita (bersahabat dengan guru) - Jangan ada cemburu-mencemburui, benci membenci sebaliknya tanamkanlah sifat hormat-menghormati dan kasih sayang. Apatah lagi mengutuk cikgu kan =P
vi.
Memerlukan masa - iaitu hendaklah sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu dan berubat kerana masa penantian yang panjang. Belajar ni bukan serta merta boleh faham (selalunya lah)..so sentiasalah belajar hingga ke liang lahad~~


so pembaca sekalian semoga anda mendapat sedikit input dari entry kali ni...cuba fikir2kan wasiat diatas =)
wassalam...
►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

0 jeritan murid-murid:

Post a Comment

feel free to comment =)