Thursday 17 November 2011

RIZQI'S LULLABY

ASSALAMUALAIKUM....salam sejahtera.... kali ni saya nak post lagi lirik lagu saya yang saya dah siapkan untuk putera kesayangan saya Muhammad Khairurrizqi Bin Muhammad Mahfuz... Lepas ni setiap kali dapat anak kena la buat lagu seorang satu hahah!...macam yang bapak saya buat untuk saya (teringin nak record suara dia dan post kat sini)...dan juga yang abang saya buat untuk saya tajuk SITI MUNAWIRAH =D....

Seperti tajuknya, lullaby ini adalah dalam bahasa inggeris...tak sabar nak post lagu yang siap ni dekat blog..saya ada masalah tak tau macam mana nak post dalam bentuk mp3...nanti saya cuba cari jalan huhu....

Lagu ini khas untuk Rizqi melambangkan tanda penghargaan ummi kepada rizqi yang telah lahir pada 15 Mac 2011.. Rizqi adalah sebaik-baik pemberian yang ummi dapat dalam hidup. Walaupun masih baby, rizqi banyak ajar ummi tentang hidup... you rocks sayang!!!...hehehe... Semoga Rizqi menjadi anak soleh yang berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat AMIN.....



Sayalah Khairurrizqi!
(agak juling di situ muahaha!)



RIZQI'S LULLABY


My son
precious sunshine
the apple of my eye
The world
is cruel sometimes
you heal me with your smile

rizqi...rizqi...khairurrizqi
rizqi...rizqi...khairurrizqi

defend me
with your prayer
when i'm gone
hereafter

my son
brightest subshine
the apple of my eye
Allah is our God
Muhammad is our guide


ADIOX
7/11/2011

►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

Thursday 10 November 2011

CARA-CARA MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANAK ANDA #3

Assalamualaikum....kita sambung lagi dan lagi dalam tajuk MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANAK ANDA PART 3...enjoy!



21. Biarkan anak anda menangis bila dia ingin menangis. Anak anda tidak perlu mengendali sesuatu perkara seperti orang dewasa. Ingat, dia hanyalah seorang budak kecil.



22. Buat satu tin "saya boleh" : minta anak anda menghias sebuah tin kopi(atau apa-apa tin) dengan sticker, kertas pembalut dan crayon. Setiap kali anak anda menguasai kemahiran baru, tuliskan ia di atas sekeping kertas dan masukkan ke dalam tin tersebut. Periksa kandungan tin tersebut dari semasa ke semasa supaya anak anda dapat lihat sudah berapa banyak perkara yang dia pelajari.

23. Buat satu "carta perasaan" dengan anak anda. Senaraikan semua emosi yang anak ada dapat fikirkan di atas kertas yang besar. Setiap hari, minta anak anda lekatkan gambarnya bersebelahan perasaan yang dia alami. Bincangkan apa yang membuat dia berasa begitu.


24. Cuba jangan  bawa pulang kerja anda ke rumah. Lukiskan garisan imaginasi anda antara pejabat dan rumah anda.

25. Pakai rantai loket yang ada gambar anak anda atau bawa gambar anak anda di dalam dompet ke mana saja anda pergi.


26. Pergilah bersiar-siar dan tulis puisi tentang kejiranan anda.

27. Biarkan anak anda yang tekan butang lif. Jika tiada lif, biarkan anak anda jadi tukang buka pintu untuk anda - anda juga mungkin ingin berikan kunci padanya dan biarkan dia buka kunci rumah !

28. Sebagai pertukaran, sekali-sekala biarkan anak anda pula yang ikatkan tali kasut anda dan zipkan jaket anda.

29. Hantarkan bungkusan 'ambil berat/kasih sayang' ke perkhemahan/camp anak anda. Jangan lupa sertakan dengan nota istimewa dari anda.


30. Ambil cuti sehari untuk turut serta dalam lawatan kelas anak anda.




►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

Wednesday 9 November 2011

CARA-CARA MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANAK ANDA # 2

Selamat sejahtera semua!...kita sambung tips meningkatkan keyakinan diri anak-anak yang seterusnya ya....



11. Beri perhatian pada kebaikan secara rawak yang telah anak anda lakukan. Pastikan anda mengucapkan terima kasih padanya.

12. Duplikasi atau cuci semula gambar keluarga anda. Gunakan gambar-gambar tersebut untuk bermain 'memory game' dengan anak anda. Untuk bermain; terbalikkan semua gambar dan ambil giliran untuk cuba meneka dimana pasangan gambar diletakkan. Jika anak anda meneka dengan betul, Dia boleh ambil gambar tersebut. Jika tidak, terbalikkan semula gambar tersebut dan teruskan bermain. Bila kesemua gambar sudah habis, pemain yang mempunyai paling banyak gambar menjadi pemenang.


13. Jangan beri layanan yang serupa kepada semua anak anda.Setiap dari mereka memerlukan keperluan yang berbeza.

14. Cipta sebuah kolaj bola kristal (crystal ball collage). Biar anak anda isikan ia dengan gambar dan cerita tentang apa yang dia harapkan untuk masa depan.


15. Ambil sebuah album foto, penuhkan dengan gambar anak anda semasa bayi. Ceritakan padanya kisah-kisah sewaktu dia masih bayi. Ia akan menjadi aktiviti yang istimewa sepanjang mengimbas semula memori untuk anda dan anak anda.


16. Luahkan ketidaksetujuan anda dengan anak anda. Jika anda berkelakuan senyap sekarang, berkemungkinan dia juga akan melakukan perkara yang sama kelak.

17. Jangan biarkan anak anda masuk tidur dengan keadaan marah kepada anda - atau memikirkan yang anda marah kepadanya.

18. Simpan rahsia anak anda - melainkan jika rahsia itu membahayakan kesejahteraan anak anda.

19. Ajar anak anda yang semua orang berhak mempunyai pendapat masing-masing. Hormati pendapat anak anda juga.


20. Sentiasa ucapkan 'selamat tinggal' sebelum anda keluar. Menyelinap keluar akan membuatkan anak anda hilang kepercayaan pada anda.



►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

PETUA SEORANG GURU


KALAU SEORANG GURU MENGAJAR SAMBIL DUDUK,
MURID BELAJAR SAMBIL MENGANTUK.

KALAU SEORANG GURU MENGAJAR SAMBIL BERLAKON,
MURID BELAJAR DENGAN TEKUN.

KALAU SEORANG GURU MENGAJAR TANPA ALAT,
MURID BELAJAR DENGAN RALAT.

KALAU SEORANG GURU MENGAJAR BANYAK BERCAKAP,
ADA MURID BERTAMBAH GAGAP.

KALAU SEORANG GURU MENJADI PEMUDAH CARA,
RAMAI MURID PANDAI BERBICARA.

KALAU SEORANG GURU MENGAJAR TANPA MENILAI,
TAK AKAN TAHU MURID BODOH DAN PANDAI.

KALAU SEORANG GURU BERBUDI BAHASA,
DIKENANG MURID SEPANJANG MASA.




►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

Thursday 3 November 2011

CARA-CARA MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ANAK ANDA # 1

Assalamualaikum...selamat sejahtera!

Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips tentang cara-cara mudah dan menarik untuk meningkatkan keyakinan diri anak-anak berdasarkan buku yang telah saya baca :: RAISE YOUR CHILD'S SELF ESTEEM! 99 EASY THINGS TO DO by Nancy Krulik::

Buku ni dalam Bahasa Inggeris tapi jangan risau saya cuba terjemahkan dengan bahasa yang paling mudah untuk kita sama-sama baca dan amalkan.. Ingat, nak bina keyakinan diri anak-anak mestilah dari kecil/bayi lagi. Bak kata pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya =D.. dari tajuk buku ini pun kita dah tau ada 99 cara kan...banyak tu... Jadi saya akan tulis setakat yang saya mampu dan sambung part seterusnya bila saya ada masa lagi nanti okay!...selamat beramal! hahah~


1) Beritahu anak anda yang anda sayangkan dia sekurang-kurangnya sekali sehari



2) Ambil berat perasaan anak anda dengan serius. Cuba jangan kata "nanti ok lah tu" atau "takdelah teruk  sangat"


3)  Biar anak anda tahu yang ia adalah okay untuk buat kesalahan. Mengaku kesalahan anda sendiri.


4) Buat carta permainan tentang hidup anak anda. Setiap ruang di atas carta boleh menandakan pencapaian yang anak anda telah lakukan since dari dia lahir. Mula dari awal dengan 'kali pertama dia senyum' atau 'bila dia mula berguling', seterusnya 'buku pertama yang dia bacakan pada anda' dan 'hari pertama dia ke tadika atau perkhemahan'.


5) Ketawa pada lawak jenaka yang anak anda buat - walaupun anda tak berapa faham hehe...



6) Puji usaha anak anda, tanpa merisaukan tentang hasilnya.



7) Ambil gambar anak anda setiap tahun pada hari pertama persekolahan. Jangan lupa melihat gambar-gambar yang lama untuk melihat setakat mana dia sudah membesar.



8) Galakkan anak anda bertanya. Cari jawapan bersama-sama.


9) Ajar anak anda yang "tidak boleh" bukanlah untuk selamanya. Dengan sedikit usaha keras, anak anda akan mempelajari kemahiran baru dan mengubah "Saya tidak boleh" kepada "Saya boleh!".


10) Tahan keinginan anda untuk berkata "Kan mak/ayah dah cakap..."







Setakat ini dulu tips untuk part pertama...Nantikan yang seterusnya okay!



























►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄

Tuesday 1 November 2011

Words of Wisdom

Peace be upon you!! today i just want to share some Words of Wisdom that i got from a calendar! hehe  . Actually i'am a person who loves philosophy so much. When i was a kid, i used to have a thick-small book which i used to write interesting quotation/words of wisdom that  I've collected. So, why not i share them in my blog.


OPPORTUNITY - You'll always miss 100% of the shots you don't take.

ATTITUDE - " A bump in the road is either an obstacle to be fought or an opportunity to be enjoyed... it is all   up to you."

EFFORT - The spirit to win and the will to excel is always measured one stroke at a time.

CREATIVITY - Some people dream of success... while other wake up and work hard at it.

EARNEST - "I firmly believe that any man's finest hour is that moment when he has worked his heart out in a good cause and lies exhausted on the field of battle, victorious."

SUCCESS - The harder you work... the luckier you get.

CHANGE - We cannot direct the wind, but we can adjust the sail.

COMMITMENT - To be a winner, all you need to give is all you have.

WISDOM - Wisdom is to understand that the worlds is ever-changing.

TEAMWORK - Teamwork is a fuel that allows common people to produce uncommon result.

EXCELLENCE - The differences between ordinary and extraordinary is the little extra.

COMPETITION - "Whoever said, it's not whether you win or lose that counts, probably lost."




Source:   Calendar 2011 - Super Crane Machinery (M) Sdn. Bhd.



►Terima Kasih Daun Keladi, Nanti-nanti Datang Lagi◄